Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

ANCAMAN (2)

Artikel Ancaman(1) telah hampir seminggu ditulis dan kini sambungannya muncul dengan banyak lagi pendedahan yang akan dirungkaikan.



Setelah hampir 2 tahun nama UTHM digunakan didalam era pendidikan pengajian tinggi dinegara Malaysia ini. Bermula dengan PLSP berubah kepada ITTHO dan kemudian ITTHO kepada KUiTTHO, itulah perubahan yang berlaku kepada nama asal sebelum UTHM digunakan.Tidak dinafikan, UTHM adalah universiti yang paling banyak berlaku perubahan pada namanya setaraf dengan kemajuan pembangunan akademik yang diterima.



Perubahan nama telah banyak berlaku di UTHM ini, tetapi kehadiran kilang disekeliling UTHM ini tidak pernah berubah keadaannya. Isu pencemaran ini bukanlah isu yang baru bagi warga UTHM kerana isu ini pernah digembar-gemburkan sejak nama KUiTTHO lagi digunakan.Kehadiran kilang perabot bersebelahan UTHM ini turut pernah disiarkan dimedia masa termasuklah di surat khabar dan di berita.



Wartawan juga pernah membuat liputan mengenai isu ini iaitu Karam Singh Walia dari TV3 namun perkara ini hanya menjadi bahan berita bagi Berita Utama untuk dibaca.Mantan NC pernah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa KUiTTHO mempunyai bukti mengenai pencemaran oleh kilang perabot ini,namun tiada sebarang tindakan.Apakah yang berlaku pada universiti ini? Adakah perkara ini tidak dapat diselesaikan disebabkan terdapat campurtangan 'orang politik' ?



Kilang yang terletak begitu hampir dengan UTHM ini perlu segera dipindahkan ke tempat perindustrian yang dikhaskan agar asap yang mengandungi habuk kayu ini tidak menjejaskan sistem pernafasan para pelajar.Pelepasan asap oleh kilang ini turut berlaku ketika sesi pembelajaran sedang dijalankan.Dengan kehadiran para pelajar yang ingin ke kuliah begitu ramai, maka banyak kesan buruk yang akan diterima. Kesan ini mungkin tidak dapat dilihat dalam jangka yang pendek, namun ia akan memberi kesan pada masa yang akan datang.Tidak ada lagi cara yang lain melainkan "PINDAHKAN KILANG".

3 comments:

February 28, 2009 at 2:05 AM Anonymous

Saya jugak x puas hati dgn tindakan kilang tu yg melepaskan asap sewenang2nya.
Saya ada gambor yg diambik pd 15 Jan 09 yg menunjukkan kehitaman asap kilang ni.
Saya rasa ni lah asap yg dikeluarkan pd waktu mlm secara 'haram'.

Image 1:
http://img6.imageshack.us/my.php?image=15012009001.jpg

Image 2:
http://img6.imageshack.us/my.php?image=15012009.jpg

March 4, 2009 at 8:12 PM anakbelalang

hhmm...
boleh tnyer skit...
antara kilang ngan universiti ni..
saper yg d bina dlu??

March 4, 2009 at 9:02 PM UTHMbloggers

kalau ikut website, UTHM yg digunakan dulu dr kilang tu. rujuk tajuk gambar ANCAMAN(1) yg dibirukan tahunnya.

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK