Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pelajar UTHM Terima Anugerah Pingat Emas IEM 2008/2009

Pelajar UTHM Terima Anugerah Pingat Emas IEM 2008/2009 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menambah lagi lakaran kejayaannya apabila Majlis Institusi Jurutera Malaysia (The Institution of Engineers, Malaysia Council) telah memilih saudara Omar bin Mohd Sathakathullah, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP) sebagai pemenang bagi anugerah Pingat Emas IEM 2008/2009. Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar terbaik tahun akhir kejuruteraan di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Institusi Jurutera Malaysia atau lebih dikenali sebagai IEM ini adalah sebuah badan yang diiktiraf untuk jurutera-jurutera bertaraf profesional di Malaysia. Dengan keahlian yang melebihi 16,000 orang, IEM adalah salah sebuah badan profesional yang terbesar di negara ini. Para pemenang dari setiap IPTA akan menerima anugerah masing-masing pada 18 April 2009, bertempat di Imperial Ballroom, One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Institusi Jurutera Malaysia. Sehubungan itu, pihak Universiti ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang di atas kejayaan tersebut.

Sumber: Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK