Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Isu Pembinaan Masjid Baru UTHM

Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengaajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.

Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut.

“Apa yang kami harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan perjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Kami sedaya upaya cuba memberikan hujah yg terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Kami juga mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini” ujar Presiden Kelab Iqra setelah selesai menyerahkan borang tersebut kepada salah seorang pegawai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.-iqrakini

Sumber:Website Kelab Iqra (http://www.ki-uthm.blogspot.com/)

3 comments:

March 4, 2009 at 9:42 AM Mohd Ariff Bin Azman

mufti johor da x bagi...TMJ pon rasenya x bagi...

adakah NC akan berkeras kepala lagi untk memindahkannya atas dasr ikut kepala kaprawi n mat ajis sri gading..?

kalo ikut sejarah, orang kmpung terutamanya parit jelutung pernah berasa hati bila wat masjid kuittho dulu sbb lebih besar n dekat dngn masjid kg mereka..

ni nak wat lagi yang lagi lebih besar kat luar uthm...confirm mengamuk orang kampung...adalah lebih afdhal kita wat kat tapak asal yang bleh dikatakan centre uthm beberapa thun akan datang...

so, bila presiden kelab iqra n pro mahasiswa uthm bersemuka dengan khalid nordin or kpt, mereka bukan shj membawa suara mahasiswa, malah membawa suara orang kampung...suara rakyat...jadi YB muda beb..

MPP?...pc fair...

March 12, 2009 at 6:44 PM batunisan

tahniah pada kelab iqra atas usaha sahabat semua.. kami warga pelajar prihatin dengan usaha yang sahabat semua usahakan ini.

hapuskan politik sempit yang hanya membawa untung pada segelintir manusia sahaja di dunia ini... ingat jangan mempolitikkan rumah Allah hanya untuk keuntungan kecil di dunia ini..

usaha sahabat semua insyaAllah akan diberkati olehNya demi kemakmuran dan keharmonian uthm dengan komuniti setempat..
kepada sahabat mohd ariff jangan terlalu keras... kita ambik kedua2nya dunia dan akhirat.. ramai rasanya sb-sb dari kalangan siswa dan jugak staff..hati2 n goodluck..

note.
dah ada yang takut kalu ada demo pada lawatan menteri tersebut.. saya yakin menteri, mufti dan TMJ bersama kita...ha ha ha..

March 22, 2009 at 3:59 PM Anonymous

walaupun pada asalnya,pembinaan masjid ini di tempat berbeza,namun fungsinya tetap samakan..even kalu buat dekat tapak lama x sesuai memandangkan kawasan yang kurang luas...

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK