Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

TIPS ULANGKAJI



Minggu ulangkaji akan bermula pada esok hari iaitu 13/04/2009.Jadi saya selaku ADMIN uthmbloggers ingin berkongsi mengenai TIPS ULANGKAJI dengan rakan pembaca sekalian.Tips-tips ini saya rangkumkan mengikut kesesuaian kita selaku mahasiswa dan mahasiswi.

1.MULAKAN DENGAN DOA
Doa hendaklah dibaca bagi memohon keredaan YANG MAHA BIJAKSANA bagi memberkati segala tindakan yang berlaku semasa mengulangkaji pelajaran.Dengan membaca doa insyaallah masa yang diluangkan akan digunakan dengan bermanfaat dan berkat.

2. SEMAK JADUAL PEPERIKSAAN
Kita perlulah menyemak jadual peperiksaan terlebih dahulu sebelum ulangkaji pelajaran dilakukan. Ini bagi memastikan pembahagian masa yang mencukupi mengikut subjek-subjek yang akan diambil didalam peperiksaan adalah mencukupi dan berkesan.Selain itu, pastikan tempat peperiksaan, masa peperiksaan dan kod subjek yang diambil.

3. SUSUN JADUAL ULANGKAJI
Mahasiswa dan mahasiswi terutamanya penuntut di UTHM ini perlulah merancang jadual ulangkaji individu yang tersendiri. Penggunaan jadual ulangkaji akan memudahkan perancangan mengulangkaji dengan masa dan subjek yang telah ditetapkan.Walaupun kini hanya tinggal 1 minggu sebelum peperiksaan, kita masih sempat merancang jadual ulangkaji dengan mengikut subjek yang senang terlebih dahulu (terpulang pada individu).

4.NOTA DAN LATIHAN
Pastikan nota yang telah dibuat atau disalin semasa pembelajaran didalam kelas dibaca.Lakukan lebih banyak latihan bagi topik yang kurang mahir dan lakukan latihan bagi kertas soalan yang terdahulu (PAST SEMESTER) bagi memahirkan diri dengan teknik soalan yang akan keluar.

5.SISTEMATIK DAN KRONOLOGI
Untuk memastikan masa yang diperuntukkan adalah berkesan, kita perlulah lebih sistematik dengan melakukan pembacaan, menghafal dan menbuat latihan. Ini amat penting bagi subjek yang memerlukan penghafalan mengikut kronologi terutamanya subjek TITAS, KENEGARAAN ,HUBUNGAN ETNIK dan yang berkaitan dengan sejarah. Susunan tarikh dan tahun perlulah dititik beratkan bagi memastikan fakta yang benar dan tersusun.

6.POSTUR
Kedudukan semasa mengulangkaji juga adalah penting bagi memastikan keselesaan badan dan melancarkan peredaran darah ke otak. Darah yang mengalir ke otak akan membantu pertukaran oksigen lebih banyak ke otak.

7.PERMAKANAN
Permakanan yang seimbang dan berkhasiat juga penting semasa menuntut ilmu.Pemakanan yang tidak seimbang boleh melemahkan otak dan sistem penghadaman.Ini akan menganggu mahasiswa dan mahasiswi dalam mengulangkaji pelajaran dengan suasana yang selesa.Banyakkan meminum air yang mengandungi oksigen (air mineral/air yang ditapis) bagi membantu badan dan darah untuk mengalir lebih lancar.Makanlah makanan seperti kismis, kurma dan madu bagi menambah tenaga dan kecergaran.

8.TENANG DAN SANTAI
Pastikan diri kita berada didalam keadaan yang tenang sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.Janganlah menganggap peperiksaan ini sebagai suatu beban, tetapi anggaplah ia sebagai suatu perjalanan yang perlu kita lalui dalam menuju kejayaan.Kita perlulah mengelakkan daripada terlibat dalam situasi yang tertekan kerana ia akan menganggu diri kita terutamanya didalam mengulangkaji pelajaran dan peperiksaan.

9.DOA DAN TAWAKKAL
Setelah melakukan usaha, berdoa dan bertawakkal insyaallah segala niat kita untuk berjaya didalam peperiksaan akan termakbul.Pastikan segala usaha dan doa itu adalah ikhlas dan bersungguh-sungguh.Janganlah hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha.

Semoga dengan tips-tips yang dikongsi ini akan dimanfaatkan oleh rakan pembaca sekalian dalam memastikan kejayaan kita selaku mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ini.Pastikan kejayaan itu menjadi realiti.Doakan kejayaan saya selaku ADMIN uthmbloggers dan saya turut mendoakan kejayaan rakan-rakan uthmbloggers sekalian.

SEMOGA BERJAYA


P/S: Sebarang perkongsian tips ulangkaji bolehlah dihantar diruang komen.

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK