Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

UTHM catat kejayaan dalam Sanggar Puisi Antarabangsa Piala Tan Sri Yusof Noor

Negeri Sembilan - Sanggar Puisi Antarabangsa Piala Tan Sri Yusof Noor telah memasuki tahun kedua penganjurannya. Pertandingan telah diadakan pada 17 Oktober 2009 yang lalu jam 8.00 malam bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. UTHM, UNITEN, UiTM, UKM, INTI College, Lim Kok Wing University dan USIM merupakan universiti yang terlibat di dalam pertandingan kali ini.

Bertemakan "Hari Kemenangan" Nur Fitri 1430 Hijrah, Sanggar ini merupakan satu idea persembahan Seni Vokal seperti Sayembara puisi sebagai satu elemen pemerkasaan rohani pelajar dalam menghargai erti dan makna kemenangan Nur Fitri.

Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar-pelajar antarabangsa daripada Nigeria, Indonesia, Gambia, Zimbabwe, Iraq, Sudan dan Palestin. Gabungan persembahan yang menggandingkan antara pelajar antarabangsa dan pelajar Malaysia melahirkan keunikan persembahan di mana semua puisi disampaikan dalam Bahasa Melayu.

UTHM telah diwakili oleh Saudara Mohd Zaki Bin Mohd Ismail pelajar dari Malaysia dan Saudara Wafi Adam Bakhit Mabrouk pelajar dari Sudan yang membawa puisi bertajuk Dialog Langit oleh Daeng Ramliakil. Pelajar UTHM di bawah bimbingan pegawai kebudayaan UTHM, En. Muhammad Shahrin Haron telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Sanggar Puisi ini manakala tempat kedua dimenangi oleh UiTM dan tempat pertama disandang oleh UKM. UTHM telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 beserta cenderahati.

Kemenangan ini membuka langkah baru bagi UTHM dalam pertandingan dan aktiviti puisi sekaligus mengangkat nama UTHM di kalangan universiti seluruh Malaysia. Walaupun UTHM merupakan universiti berteraskan teknologi tetapi UTHM masih mampu bersaing dalam dunia seni persembahan kesusasteraan. Semoga kejayaan UTHM dalam aktiviti kebudayaan akan terus dapat dipertingkatkan seterusnya menarik minat ramai pelajar untuk menyertai aktiviti kebudayaan yang berteraskan kesusasteraan. SYABAS UTHM!

Sumber: Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK