Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru

Pendaftaran bagi pelajar baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi Semester II Sesi 2009/2010 bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda telah diadakan pada 27 Disember 2009. Pendaftaran yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu diadakan bertempat di bangunan Blok F2, Pejabat Pengurusan Akademik, UTHM.

Manakala pendaftaran untuk program pengajian siswazah bagi Semester II Sesi 2009/2010 telah diadakan pada 21 Disember 2009 yang lalu yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian Siswazah. Seramai 71 orang pelajar tempatan dan 11 orang pelajar antarabangsa telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD di UTHM. Antara negara yang menghantar pelajarnya ke UTHM adalah Indonesia, Libya dan Nigeria.

Bagi pendaftaran Sarjana Muda bagi Semester II Sesi 2009/2010, seramai 528 orang telah mendaftar. Pendaftaran yang dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Akademik, UTHM berjalan dengan lancar. Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin turut meluangkan masa meninjau proses pendaftaran yang telah dijalankan di Dewan Peperiksaan, Blok F2 pada hari tersebut.

Para pelajar yang mendaftar telah melahirkan rasa kesyukuran kerana telah dipilih dan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di UTHM sama ada di peringkat Sarjana Muda, Sarjana atau PhD. Selain kepelbagaian program yang ditawarkan dan kepakaran yang dimiliki oleh staf akademiknya, kemudahan serta prasarana lengkap yang disediakan oleh pihak Universiti adalah faktor pendorong para pelajar dalam memilih UTHM sebagai pilihan mereka untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.


Sumber:Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK