Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

EMBag Cegah Kecurian Komputer Riba

JOHOR BAHRU 11 Jan. - Masalah kecurian komputer riba di dalam kereta kini boleh diatasi dengan menyimpannya di dalam EMBag sebelum meletakkannya dalam beg sedia ada.

EMBag adalah beg khas yang mampu meminimumkan isyarat elektromagnet daripada komputer riba sekali gus menghalang ia daripada dikesan oleh alat pengesan yang digunakan pencuri.

Beg tersebut dicipta Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Dr. Mohd. Zarar Mohd. Jenu bersama pembantu penyelidik, Norarlina Mazlan.

Menurut Mohd. Zarar, EMBag boleh mengurangkan tahap gelombang yang dikeluarkan komputer riba dan menyukarkan pencuri untuk mengesannya.

Selain itu, katanya, ciri-ciri tersebut penting terutama bagi pengguna yang bekerja di dalam keadaan isyarat elektromagnet yang tinggi seperti di stesen radar, kapal perang dan stesen janakuasa.

"Selama ini komputer yang disimpan dalam tempat penyimpanan barang di belakang kereta masih boleh dikesan menerusi alat pengesan khas biar pun ia dalam keadaan dimatikan.

"Dalam keadaan dimatikan, komputer riba masih mengeluarkan gelombang elektromagnet yang boleh diterima sesiapa saja yang mempunyai alat pengesan," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Mohd. Zarar berkata, gelombang elektromagnet itu berasal daripada operasi jam dalaman komputer riba yang masih berfungsi walaupun komputer dimatikan.

Menurutnya, EMBag mampu melindungi keselamatan dan kebolehcapaian data di dalam komputer riba.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) UTHM, Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad berkata, produk tersebut memenangi pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, produk tersebut telah sedia untuk dipasarkan dengan harga kompetitif yang bersesuaian dengan fungsinya.

Sumber:Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK