Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Hari Pencalonan di UTHM Lancar

Pada 25hb Januari 2010 telah berlangsung Hari Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kaunter penamaan calon telah mula dibuka seawal jam 9.00 pagi dan calon-calon bersama penyokong dan pencadang masing-masing mula membanjiri DTII pada jam 9.25 pagi. Sesi penamaan calon ini dijalankan sehingga jam 11.00 pagi dan ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sesi bantahan bermula pada jam 11.00 pagi dan perwakilan mula menyemak borang-borang calon yang akan bertanding pada jam 11.05 pagi setelah semua borang ditampal di papan tanda mengikut kawasan yang dipertandingkan. Sesi bantahan ini berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari dan sebanyak 7 bantahan telah diterima oleh pihak urus setia pemilihan.

Seterusnya Jawatankuasa Rayuan yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hashim Saim telah mula bersidang pada jam 12.00 tengahari bagi menilai bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh perwakilan. Daripada 7 bantahan yang dibuat, hanya satu sahaja bantahan diterima dan calon tersebut tidak layak untuk bertanding untuk Pemilihan MPP nanti.

Sebelum diumumkan calon-calon yang layak bertanding, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Prof. Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim telah menyampaikan amanat kepada calon-calon MPP supaya berkempen dengan berhemah tanpa menimbulkan isu-isu yang boleh memudaratkan nama universiti.

Nama calon-calon Pemilihan MPP sesi 2009/2010 telah diumumkan oleh En Abdul Malek Ibrahim, Timbalan Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan pada jam 1.25 petang. Setelah selesai pengumuman tersebut, semua yang hadir di dalam DTII telah bergerak ke Dewan Terbuka, UTHM bagi menyaksikan perasmian Sudut Pidato yang disediakan khusus oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar kepada mahasiswa UTHM untuk berpidato.Untuk melihat kerusi yang dipertandingkan sila KLIK DI SINI

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK