Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Selangkah Ke Menara Gading

BATU PAHAT 16 Mac - Golongan mahasiswa mempunyai tanggungjawab besar kepada negara kerana mereka bukan sahaja pewaris kepimpinan tetapi pada masa sama dianggap menjadi saluran dan ejen bagi membangunkan masyarakat.

Justeru, tanpa mengira masa dan tempat, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Selangkah Ke Menara Gading De' Bayu 2009 pada 13-16 Disember lalu bertempat di Semporna, Sabah.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, program itu merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Sabah anjuran UTHM bagi mempromosikan universiti di samping membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Katanya, program hasil jalinan kerjasama dengan Pejabat HEP, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu telah disertai 40 mahasiswa berbilang bangsa dan kaum.

"Kerjasama ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara kedua-dua buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang jaraknya dipisahkan oleh Laut China Selatan.

"Ia dirancang bagi mengatur aktiviti yang berfaedah kepada mahasiswa UTHM dan UMS sepanjang cuti semester," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, mahasiswa yang menyertai program tersebut adalah di kalangan mereka yang aktif dan mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi demi berbakti kepada masyarakat.

Kata Shafry, objektif utama penganjuran adalah untuk mewujud dan menanam nilai kepimpinan di kalangan mahasiswa terutama dalam membantu kerajaan mengukuh dan membangun jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat.

Di samping itu, ia juga dapat membentuk sokongan komuniti yang dinamik berasaskan semangat kesukarelaan antara masyarakat desa dan mahasiswa.

"Golongan sasaran program ini adalah di kalangan murid sekolah rendah dan menengah, belia dan ibu bapa.

"Sepanjang empat hari peserta berkampung di Semporna, pelbagai aktiviti dirancang, antaranya Explorace antara peserta program dengan kanak-kanak Kampung Tampi-Tampi di mana modul berbentuk ilmiah telah diserapkan dalam aktiviti ini," katanya.

Lain-lain aktiviti adalah Program Motivasi Diri untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul di Pulau Mabul, sumbangan untuk keluarga termiskin, gotong-royong menanam pokok, kenduri sekampung dan juga malam kebudayaan.

Di samping itu juga, katanya, sebahagian peserta telah bersama-sama menyertai konvoi Jelajah Sabah UTHM bagi menghulurkan bantuan kepada golongan miskin di Kampung Tampi-Tampi serta kepada penduduk Kampung Air yang telah terlibat dengan kebakaran semasa program ini dijalankan.

Kata Shafry, secara tidak langsung program yang dijalankan berjaya menyemai sifat keprihatinan mahasiswa universiti terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini tidak ternilai harganya kerana mereka dapat melihat perbezaan dari segi kebudayaan, adat resam, loghat, bahasa dan nilai sesebuah kawasan.

Sumber:Utusan Online 16/3/10

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK