Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Siswa UTHM Menang Anugerah Usahawan Siswa Terbaik

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memenangi Anugerah Usahawan Siswa Terbaik melalui Pengerusi Koperasi Siswa (Ko-Siswa) UTHM Batu Pahat Berhad, Saudara Mohd Zubair Sulaiman dalam Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat Nasional Ketujuh 2010 (KARNIAWAN).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
KARNIAWAN yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa, Kelantan pada 15 hingga 18 Febuari 2010 itu turut disertai oleh 21 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelbagai aktiviti yang berlangsung dalam karnival yang berlangsung selama seminggu itu seperti forum bual bicara bersama artis Rosyam Noor bertajuk “Keusahawanan dari perspektif seni”,lawatan ke Nordin Batik, gerai jualan, pameran dan pertandingan.

Selain itu, beberapa anugerah juga dipertandingkan seperti Anugerah Rancangan Peniagaan Terbaik, Anugerah Projek Keusahawanan Siswa Terbaik, Anugerah Booth Terbaik, dan Anugerah Usahawan Siswa Terbaik.

Kejayaan wakil UTHM ini merupakan hasil sumbangan serta tunjuk ajar daripada Ketua Pusat Tekno Usahawan , Profesor Madya Nawawi Jusoh yang selama ini membangunkan program keusahawanan dikalangan mahasiswa dan staf UTHM.

Pencapaian kali merupakan kejayaan kedua Pusat Tekno Usahwan UTHM mengharumkan nama universiti dalam tempoh sebulan selepas berjaya muncul Johan Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan 2009/2010 pada bulan Januari 2010 yang lalu.

Sementara itu, turut menerima Anugerah Program Usahawan Terbaik, Mohd Norulizam Mohamad Nor yang diwakili rakan kongsinya, Mohd Firdaus Adnan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Anugerah Projek Keusahawanan Siswa Terbaik, De'Jour Miss Pastry dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Anugerah Rancangan Perniagaan Terbaik, Boonga Studio dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

1 comments:

March 2, 2010 at 9:35 PM cik faz

tahniah.!
:)

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK