Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

75 pelajar UTHM catat rekod


BATU PAHAT 13 April – Seramai 75 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod mendayung paling lama menggunakan mesin latihan khas sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Mereka mendayung secara berterusan selama 48 jam 34 minit menggunakan dua mesin latihan sukan mendayung dalam program Cabaran Rowing 1Malaysia UTHM.

Setiap penuntut mendayung dalam tempoh antara lima hingga 10 minit secara bergilir-gilir di pusat beli-belah Square One di sini bermula 4 petang Sabtu lalu.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, usaha yang dilakukan penuntut itu secara tidak langsung dapat mempromosikan UTHM sebagai pusat kecemerlangan sukan untuk institusi pengajian tinggi (IPT).

“Ini membuktikan sukan tidak berkubur di universiti dan semakin menjadi budaya yang subur di UTHM.

“Sukan mendayung telah menjadi tradisi di universiti terkenal luar negara termasuk Cambridge,” katanya selepas menerima sijil pengiktirafan daripada Pengarah Projek Malaysia Book of Records, Irene Liong di sini semalam.

Mohd. Noh berkata, penggunaan mesin latihan Rowing Concept2 itu menyerupai aktiviti mendayung sebenar dan jarak mendayung juga dapat diukur.

“Untuk mesin yang pertama penuntut telah mendayung sejauh 652 kilometer, manakala mesin kedua 640 kilometer,” katanya.

Sementara itu, penuntut tahun satu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Ekhwan Eusop, 20, berkata, persiapan selama dua bulan untuk mencipta rekod itu sangat berbaloi dan dia berbangga kerana dapat mengharumkan nama UTHM.

“Selain mencatatkan rekod, program ini dapat memupuk perpaduan kerana disertai penuntut pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik Sabah serta Sarawak.

“Sukan di universiti mungkin cara terbaik memupuk perpaduan kerana pelbagai kaum belajar di sini,” katanya yang juga merupakan ketua publisiti program tersebut.

Ekhwan berkata, program itu juga bertujuan membakar semangat atlet-atlet UTHM bagi meneruskan kecemerlangan dalam sukan mendayung.

“Tahun lalu UTHM mengungguli tujuh daripada lapan kategori sukan mendayung yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Air Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan juara keseluruhan Kejohanan Rowing Varsity Boat Race,” katanya.

Sumber:Utusan Online

2 comments:

April 15, 2010 at 9:14 AM adah mohammed

tahniah. UTHM terbaik :D

April 17, 2010 at 8:43 AM Mohamad Fitri B Mohd Azlan

UTHM terbaek.........

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK