Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Endau-Rompin Warisan Dunia

Kuantan : Usaha menjadikan Taman Negara Endau-Rompin sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menjadi antara agenda penting memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kerjasama strategik antara dua universiti diiktiraf sebagai Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) itu penting dalam mencapai hasrat memperkenalkan Taman Negara Endau-Rompin sebagai lokasi penting terutama bagi penyelidikan selain aktiviti pelancongan.

Kedua-dua universiti akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama bagi memperkenalkan kira-kira 80,000 hektar hutan hujan tropika tertua di dunia berusia 130 juta tahun yang kaya dengan flora dan fauna kepada penyelidik tempatan dan antarabangsa.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, berkata kedua-dua universiti berkenaan akan menggunakan kepakaran dimiliki untuk berganding bahu menjalankan kajian penyelidikan berkaitan kepelbagaian bio di hutan berkenaan.

"Hasil kajian penyelidikan itu dapat memberi maklumat lebih tepat untuk kita menyediakan kertas cadangan Taman Negara Endau-Rompin sebagai Tapak Warisan Unesco.

"Jika berjaya disenaraikan maka ia banyak faedah kepada kerajaan negeri terutama berkaitan sektor pelancongan," katanya selepas majlis menandatangani (MoU) antara UMP dan UTHM di Dewan Canseleri UMP Kampus Gambang dekat sini, semalam.

UMP diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim manakala UTHM diwakili Mohd Noh.

Mohd Noh berkata, UTHM sudah mendapatkan bantuan daripada kerajaan Johor menerusi Perbadanan Taman Negara Johor untuk membangunkan penyelidikan di taman Negara berkenaan.

"Kita akan menganjurkan Maraton Universiti Dunia di Endau-Rompin sejauh 30 Kilometer dalam tempoh terdekat," katanya.

Sumber:Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK