Konvensyen MPP IPTA 2009
Parit Raja- Universiti Tun Hussein Onn bakal menjadi tuan rumah bagi Konvensyen MPP IPTA bagi peringkat kebangsaan pada tahun ini.Konvensyen yang dijangkakan bermula pada Mei 2009 itu bakal menghimpunkan wakil-wakil pelajar bagi seluruh IPTA di Malaysia ini dan menurut konvensyen yang lepas, pelbagai program akan diadakan seperti ceramah dan kehadiran tokoh-tokoh akademik.Kepercayaan untuk menganjurkan program di UTHM ini dapat menaikkan lagi nama universiti ini sebagai pesaing yang hebat dengan universiti-universiti yang di anggap "senior" di Malaysia ini.Semoga Konvensyen MPP IPTA 2009 yang akan berlangsung di UTHM ini akan mematangkan lagi pihak MPP UTHM dan mahasiswa/i di universiti ini mengenai peranan ketokohan dan kepimpinan sebagai seorang mahasiswa/i dikalangan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment