Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Forum Kelestarian Masyarakat


Batu Pahat, 12 Februari 2009 - UTHM hari ini telah mencatat sejarah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berjaya menganjurkan Forum Kelestarian Masyarakat. Program yang dijalankan di Dewan Tengku Ibrahim Ismail ini telah menarik minat ramai peserta untuk menghadiri forum yang diadakan ini termasuklah peserta dari luar UTHM.


Forum yang dianjurkan UTHM ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan,Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato' Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal.Pada keseluruhannya forum yang dianjurkan ini telah berlangsung dengan jayanya. Forum yang mengetengahkan panel-panel yang profesional dan pakar didalam bidang kemasyarakatan ini telah memberikan banyak manfaat kepada para peserta yang hadir mengenai perpaduan dan keharmonian didalam bermasyarakat.



Antara panel yang hadir dalam menyampaikan forum ini adalah Datuk Mukhriz Bin Tun Mahathir merangkap presiden PEACE MALAYSIA dan turut mengenengahkan profesor-profesor dari UTHM.Semoga program yang seumpama forum bertajuk "PERPADUAN DAN PEMBANGUNAN KEARAH KELESTARIAN MASYARAKAT WAWASAN 2020" ini akan dapat diteruskan dalam merancakkan pemikiran mahasiswa dan mahasiswi diMalaysia dan khususnya di UTHM.




Penulis: Wartawan uthmbloggers
Gambar: Peserta Forum

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK