Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

PPSMI

Sejak beberapa minggu yang lalu, isu PPSMI sering diperkatakan dan menjadi tajuk-tajuk berita diakhbar.Apa sebenarnya PPSMI ?. Isu ini menjadi semakin hangat pada minggu ini sejak dicanang akan diadakan penyerahan memorandum terhadap Istana Negara pada sabtu ini.PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris ini mendapat bantahan yang amat kuat terutamanya dari golongan ahli akademik seperti Sasterawan Negara dan ahli Dewan Bahasa Dan Pustaka yang pakar didalam bidang bahasa ini.

Mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini perlu berfikiran terbuka didalam menilai isu ini.Orang yang bijak tidak hanya memikirkan kebaikan untuk jangka pendek sahaja, tetapi perlu memikirkan kesan yang akan diterima jika PPSMI ini diteruskan.Disini saya ingin meminta pendapat anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bijak, supaya dapat melontarkan pendapat mengenai " Apakah kewajaran PPSMI ini diteruskan ? ".Bincangkan isu ini dengan memberi pendapat melalui comment dibawah penulisan ini. SELAMAT MEMBERIKAN PENDAPAT YANG BIJAK.

3 comments:

March 6, 2009 at 9:12 PM Anonymous

bagi saya PPSMI ini perlu dikaji semula bagi memastikan program ini tidak akan mencicirkan pelajar diluar bandar.namun terdapat juga pelajar yang tinggal dibandar yang kurang mahir didalam bahasa inggeris, apa pun PPSMI ini perludikaji bagi memberikan manfaat kepada pelajar dan bukan dijadikan isu politik

March 7, 2009 at 4:33 AM Anonymous

mengapa kita hnya berfikir utk ms kini?smpai bila kita mahu memanjakan anak2 kita?belajar bahasa lain juga cabang ilmu dan tidak semestinya meminggirkan bahasa sendiri.bahasa malaysia tetap bahasa kebangsaan.anak2 pemimpin dihantar ke luar negara, tetapi rakyat yg hanya mampu mencari ilmu dibumi sendiri disekat.wahai kaumku,orang melayu yang pernah unggul di peta dunia,berfikirlah dengan bijaksana,demi bangsa bukan untuk periuk nasi sendiri..yang kurang mahir perlu dibimbing..kalau tidak sampai bila nak maju..berpijaklah dibumi yang nyata..jangan jadi jaguh kampung tapi dipentas antarabangsa membisu seribu bahasa..

March 7, 2009 at 11:31 PM Mohd Ariff Bin Azman

4 Tuntutan kita :

1) Daulatkan Bahasa Kebangsaan.

2)Selamatkan Bahasa Ibunda

3) Tingkatkan Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah (Dengan kata lain, kita mantapkan pembelajaran bahasa inggeris ini dalam subjek bahasa inggeris)

4)Mansuhkan PPSMI


Saya menghormati pandangan saudara/i...tetapi kita ni terlalu dibobrokkan bahawa jika ingin maju, hanya bahasa inggeris lah jalannya...Jika itu terjadi, maka lengkaplah usaha penjajah barat (James Brooke ataupun digelar "orang putih" dan sebagainya) yang mana mereka ingin semua bangsa menteladani segala cara hidup mereka dalam kehidupan seharian samada dari segi penampilan, pemakaian, percakapan, cara makan dan sebagainya...semua itu telah termaktub dalam sejarah...Kini julangan Keranda 152 yang pernah terjadi suatu ketika dahulu telah berulang kembali...

Selain itu kita percaya dan yakin bahawa pihak kementerian pelajaran tidak menunjukkan statistik keputusan pelajar sekolah terutamanya dalam subjek matematik dan sains dengan secara jujur dan terperinci. Kita juga pernah mencabar kementerian pelajaran untuk mendedahkan statistik yang sebenar tapi hingga sekarang tiada tindakan yang dibuat.

Wakil sasterawan negara, Dato A.Samad Said dan Dato Hassan Ahmad yang selama ini hanya bertepuk tampar membantah ppsmi ini di meja bulat, kini sudah berani untuk turun kelapangan dan mereka sendiri yang menyerahkan memorendum ke istana. Ini jelas menunjukkan bahawa kesan ppsmi ini banyaknya kontranya daripada pro.

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK