Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

TAHNIAH

PROJEK SARJANA MUDA UTHM
MENANG 3 PINGAT GANGSA DI NRIC 2009

USM, Pulau Pinang - Para pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi apabila Projek Sarjana Muda Pelajar Tahun Akhir UTHM yang dipertandingkan di National Research And Innovation Competition 2009 (NRIC'09) berjaya memenangi 3 pingat gangsa.

NRIC 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia telah diadakan bermula dari 15 hingga 18 Mei 2009. Sejumlah 10 pingat emas, 20 pingat perak dan 30 pingat gangsa telah dipertandingkan.

Keupayaan pelajar-pelajar UTHM memperolehi 3 pingat daripada sejumlah 60 pingat yang dipertandingkan membuktikan bahawa UTHM mampu melahirkan mahasiswa yang kreatif, inovatif dan dapat bersaing diperingkat global. Selain itu, keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran di UTHM yang sentiasa memberikan penekanan terhadap budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan pelajarnya turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan ini.

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan pelajar UTHM dalam pertandingan ini khususnya kepada pihak pengurusan tertinggi universiti, fakulti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Hartabina, penyelaras PSM, dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya. Diharapkan kejayaan ini akan dapat membantu melahirkan generasi penyelidik yang mampu menyumbang kepada kemakmuran sejagat. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang

Senarai nama pemenang pingat adalah seperti berikut :

Bil

Nama Peserta

Fakulti

Nama Projek

Pingat

1.

Firdaus Akhimullah Munir Al-Hakim (Ketua)

Fazira bt Shafie

Ihfasuziela Ibrahim

FPT

Persepsi Penduduk Bumiputera Terhadap Pembangunan Iskandar Malaysia (IM) : Kajian Kes di Nusajaya

Gangsa

2.

Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin (Ketua)

FPTek

Pembangunan Mesion Bio-Diesel Berasaskan Minyak Masak Terpakai

Gangsa

3.

Muizzuddin Yusof (Ketua)

Mohd Aliff Mohd Safii

FKMP

Design and Analysis Between Metal-Metal and Metal-Polymer Combination for Artificial Hip Joint

Gangsa


0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK