Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

UTHM bantu tangani hakisan pantai

BATU PAHAT 28 Julai - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengemukakan empat kaedah bagi menangani hakisan pantai sepanjang 14 kilometer bermula dari Sungai Koris hingga ke Sungai Punggur, Senggarang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'affar Hashim berkata, kaedah itu terkandung dalam laporan Kajian Hakisan Pantai yang dilaksanakan universiti terbabit baru-baru ini.

Menurutnya, empat kaedah itu adalah pemasangan tembok lengkung (Sea Walls), pemasangan tembok pemecah ombak (Break Water), penambakan pantai berserta pemasangan konkrit (Sheet File) dan pemasangan sangkar berbatu (Groines).

"Kos bagi melaksanakan projek itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM20 juta," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan sekumpulan pakar diketuai Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM, Prof. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad itu bermula pertengahan April tahun ini dan siap pada 15 Julai lalu.

"Kajian selama tiga bulan itu membabitkan kos RM50,000 dan RM20,000 daripadanya disumbangkan oleh DUN Senggarang," katanya.

Menurutnya, laporan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri awal Ogos ini untuk tindakan lanjut termasuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan projek berkenaan.

Ja'affar berkata, projek itu bagi memastikan pantai berkenaan tidak terus terhakis sehingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk kampung dan harta benda mereka.

"Kami berharap projek ini dapat dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, keadaan tanah pantai yang lembik dan disusuli pemendapan merupakan faktor berlaku hakisan di kawasan itu.

Baru-baru ini, menurut Ja'affar, sebanyak sembilan lokasi telah dikenal pasti berada dalam keadaan kritikal ekoran hakisan pantai iaitu Minyak Beku, Tanjung Laboh, Koris, Parit Balau, Sungai Lurus, Punggur, Sungai Ayam, Sungai Suloh dan Tampok.

"Air pasang di semua kawasan ini melampaui ketinggian benteng sehingga ada masanya meningkat ke paras 3.3 meter," katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, hakisan pantai itu telah bermula sejak tahun 60-an dan terus meningkat kebelakangan ini.

"Kejadian ini mungkin mempunyai kaitan dengan fenomena pemanasan global yang mencairkan air batu di Kutub Utara dan Kutub Selatan," katanya.

Sumber : Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK