Saya selaku ADMIN uthmbloggers ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.Semoga anugerah kemerdekaan yang dikecapi ini dapat dipertahankan dan dikekalkan dalam keadaan yang aman dan kekal perpaduan antara masyarakat di MALAYSIA ini.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah bersetuju Cuti Pertengahan Semester bagi Semester Pertama Sesi 2009/2010 yang sepatutnya bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 23 Ogos 2009 mengikut kalendar Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diawalkan bermula pada 12 Ogos 2009 (Hari Rabu) sehingga 23 Ogos 2009 (Hari Ahad). Ini bermakna Cuti Pertengahan Semester diawalkan 3 (tiga) hari daripada jadual asal dan kuliah akan digantikan selepas Cuti Pertengahan Semester ini.
2. Mempercepatkan Cuti Pertengahan Semester ini adalah sebagai langkah untuk membendung dan mengawal penularan virus selsema babi (HIN1) di Universiti ini.
Sekian untuk makluman dan perhatian semua staf dan mahasiswa/i. Terima kasih.
”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
'''' 7100
s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Saya selaku ADMIN uthmbloggers ingin mengucapkan tahniah diatas keperihatinan terhadap warga kampus UTHM. Disini saya amat menghargai inisiatif yang diambil oleh pihak MPPUTHM diatas penyerahan Memorandum yang berkaitan isu kilang kepada Timbalan Perdana Menteri semasa lawatan beliau pada minggu lepas. Semoga keperihatinan yang diberikan terhadap isu utama pelajar ini akan dapat diberi pembelaan. TERIMA KASIH.
UTHM - Pada 6 Ogos 2009 yang lalu, satu program kalender Pesta Konvokesyen Ke-8 telah bermula dengan Pertandingan Nasyid dan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Far East. Program yang berlangsung ini dihadiri dari berbagai lapisan masyarakat setempat dan luar.
Pesta Konvokesyen kali ini tidak terlepas dengan aktivit-aktiviti perniagaan yang diadakan di Tapak Konvokesyen iaitu berhampiran Padang Golf UTHM. Terdapat banyak gerai-gerai jualan yang terdapat disitu antaranya gerai makanam, gerai telekomunikasi dan berbagai lagi.
Pesta Konvokesyen yang akan berlangsung sehingga 10 Ogos ini menyediakan berbagai aktiviti yang menarik kepada seluruh warga UTHM samada untuk Graduan 2009 atau penuntut semasa UTHM. Semoga Konvokesyen kali ke 8 ini berlansung dengan lancar dan memberikan faedah yang terbaik didalam memajukan lagi UTHM.
JOHOR BAHRU 5 Ogos - Program Kembara Berbasikal Johor FM Permata Selatan yang memasuki hari kedua hari ini berada di daerah Muar. Kembara edisi kedua yang bermula semalam diketuai oleh tiga juruhebah Radio Johor FM iaitu Suzilawaty Mohd. Sumib, Mohd. Hisham Abd. Samad dan Junaidah Alahan.
Turut menyertai kembara selama lima hari itu ialah 30 peserta termasuk 20 penuntut Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), seorang artis tempatan, Zack Kool dan enam peserta lain.
Semalam, krew kembara itu berjaya membuat kayuhan sejauh 25 kilometer bermula di UTHM sehingga ke Kampung Muhibah, Batu Pahat.
Sepanjang berada di Muar, rombongan kembara itu berhenti di beberapa lokasi termasuk di Kampung Raja Bugis, Dataran Muar dan Batu 27 Lenga.
Di Kampung Raja Bugis, rombongan disambut dengan pelbagai persembahan kebudayaan kuda kepang dan barongan.
Ketika di Dataran Tanjung Emas, orang ramai berpeluang menerima beberapa barangan cenderamata menerusi kuiz yang diadakan dan para peserta Kembara turut menyertai sukan ekstrem bersama orang ramai.
Kembara yang turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Majlis Sukan Negeri, Polis Trafik, Pejabat Daerah, Jabatan Penerangan serta Kementerian Belia dan Sukan itu turut diserikan dengan acara konsert.
Konsert yang dijayakan oleh kumpulan Kristal, Elyana, Zahid dan Farah merupakan acara kemuncak program yang akan diadakan di UTHM.
Kembara Johor FM edisi pertama yang diadakan pada 25 hingga 28 Jun tahun lalu menyaksikan tiga juruhebah stesen radio tersebut menjelajah daerah Pontian, Benut, Kluang dan Skudai dengan berbasikal sempena Hari Terbuka RTM.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini saya ingin berkongsi satu program yang akan diadakan untuk para mahasiswa dan mahasiswi UTHM. Program yang akan diadakan ini adalah Program Green Card CIDB.Untuk keterangan lanjut sila hubungi (http://f3copyright.blogspot.com/).