Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Laksanakan Tanggungjawab

BATU PAHAT 12 Okt. - Pegawai dan kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) digesa meningkatkan kecemerlangan universiti dengan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan bersungguh-sungguh.

Naib Canselor UTHM, Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, setiap tugas yang diberi merupakan amanah dan wajib ditunaikan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi itu pula amat bergantung kepada kesungguhan dan integriti warga kerjanya," katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTHM di sini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Carbon Capitol Corporation Sdn. Bhd., Datuk Ir. Wahab Suhaili; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Salahuddin Hassan dan Pegawai Daerah Batu Pahat, Norizan Kulub.

Mohd. Noh berkata, gaji bulanan kesemua kakitangan telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul mereka.

"Oleh itu, segala usaha untuk mendapatkan hasil tambahan menggunakan jawatan yang dipegang adalah sangat tercela," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan tabung gempa bagi membantu meringankan bebanan mangsa bencana alam di negara-negara jiran.

Beliau berkata, kutipan dibuat di kalangan warga UTHM termasuk lebih 5,000 penuntut sebagai tanda simpati ke atas mangsa yang ditimpa bencana alam itu baru-baru ini.

"Kita tetap akan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa di Indonesia walaupun ada di kalangan rakyatnya yang anti-Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, 19 sekolah rendah di sekitar Parit Raja pula menerima komputer terpakai daripada UTHM pada majlis tersebut.

Sumber:Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK