Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

No To Polystyrene

Dalam menyahut hasrat kerajaan untuk memastikan bumi bebas dari pencemaran bahan buangan serta mendidik warga kampus dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Kelab Penyayang telah melancarkan satu program yang dinamakan ”Say NO to POLYSTYRENE” atau Katakan TIDAK pada Polisterin di peringkat universiti.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pendaftar Universiti, Encik Sulam Hamid, selaku wakil rasmi Timbalan Naib Canselor HEPA bersempena Karnival Aktiviti Pelajar 2009 yang berakhir pada 7 Oktober yang lalu. Kempen ini akan berjalan secara berterusan bagi memastikan universiti bebas dari penggunaan polisterin yang merupakan ancaman dalam senyap yang boleh memberi kesan dalam jangka panjang kepada kesihatan manusia. Sebagai tindakan balas dari universiti, setiap pelajar diberikan bekas makanan bagi membolehkan mereka mengisi makanan untuk dibawa balik jika tidak berminat untuk makan di kafeteria universiti.

Pihak penyedia makanan di seluruh kampus termasuk di kolej-kolej kediaman telah diberikan notis untuk tidak menggunakan bekas polisterin sebaliknya perlu menggunakan bekas makanan yang mesra alam atau menggunakan bekas makanan yang telah dibekalkan kepada pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang tidak membawa bekas makanan sendiri, harus bersedia untuk membayar dengan harga yang libih sedikit jika pengusaha makanan di kafetaria menggunakan bekas makanan mesra alam kerana pihak universiti difahamkan harga bekas makanan mesra alam di pasaran sedikit mahal berbanding bekas makanan polisterin. Adalah diharapkan dengan aktiviti serta kempen yang dijalankan ini akan dapat menyedrakan warga kampus akan kepentingan memelihara alam sekitar dan bumi dari terus dicemari untuk kesinambungan generasi akan datang.

Sumber: Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK