Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Biasiswa Yayasan UTHM

BIASISWA YAYASAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SESI 2009/2010

Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mulai Semester II Sesi 2009/2010.

Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menawarkan biasiswa boleh ubah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat pengajian di UTHM bagi Sesi pengajian Semester II Sesi 2009/2010.

•1.0 BIDANG PENGAJIAN

•Ø Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

•Ø Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

•Ø Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

•Ø Sains Komputer dan Multimedia

•Ø Pengurusan Teknologi, dan

•Ø Pendidikan Teknikal

•2.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

2.1 Kelayakan Akademik

•ü Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan;

•ü Bagi lepasan matrikulasi/diploma,calon mestilah lulus peperiksaan Matrikulasi/Diploma dengan PNGK 3.3 dan ke atas, atau;

•ü Bagi calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) mendapat sekurang-kurangnya 2A dan 1B serta lulus matapelajaran Pengajian Am.

2.2 Syarat-syarat Am

•ü Pelajar Tahun 1 bagi sesi pengajian 2009/2010 sahaja yang layak untuk memohon;

•ü Pemohon berumur tidak melebihi 21 tahun pada hari permohonan;

•ü Pemohon mestilah mempunyai kualiti dan kebolehan sebagai individu dan pemimpin, dinamik,berdikari dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum;

•ü Pemohon mesti memohon masuk untuk mengikuti pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia secara sepenuh masa;

•ü Pemohon hendaklah berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;

•ü Pemohon tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

3.0 NILAI BIASISWA

Nilai biasiswa ialah RM8,000.00 setahun meliputi selama 3 hingga 4 tahun.

4.0 CARA-CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Semua dokumen perlu disahkan sebelum dikemukakan ke pejabat di atas dan tarikh tutup permohonan ialah 31 Oktober 2009.

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan panel temuduga adalah muktamad.



SYARAT-SYARAT BIASISWA YAYASAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

•1.0 TERMA DAN SYARAT BIASISWA YAYASAN UTHM

•1.1 Biasiswa ini dianugerahkan kepada pemohon untuk tempoh pengajian 3 hingga 4 tahun sahaja bagi setiap calon yang berjaya. Sekiranya calon memerlukan lanjutan tempoh, calon boleh mengemukakan permohonan kepada Urusetia 2 bulan sebelum pengajian tamat.

•1.2 Calon yang berjaya mendapat anugerah yayasan UTHM dikehendaki menandatangani perjanjian dan membayar duti setem perjanjian.

•1.3 Calon mestilah pada setiap masa menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi sekurang-kurangnya mendapat GPA 3.00 pada tiap-tiap peperiksaan semester. Sekiranya calon gagal menunjukkan prestasi cemerlang dengan pencapaian di bawah 3.00 pada peperiksaan semesternya, pembayaran biasiswanya akan ditahan pada semester berikutnya sehingga calon mendapat keputusan lebih 3.0 ke atas. Sekiranya calon masih gagal mencapai gred yang dikehendaki maka biasiswanya akan ditarik balik serta-merta. Biasiswa ini akan ditukar kepada pinjaman tanpa faedah dan pelajar dikehendaki membayar balik pinjaman yang telah dibayar.

•1.4 Calon yang memperoleh PNGK 3.30 dan ke atas boleh dikecualikan membayar semula jumlah biasiswa yang diterima. Calon yang mendapat PNGK 2.75 hingga 3.29 dikehendaki membayar balik 50% dari jumlah biasiswa yang diterima tanpa faedah. Calon yang mendapat PNGK 0 hingga 2.74 dikehendaki membayar balik 100% pinjaman tanpa faedah kepada Yayasan UTHM.

•1.5 Calon yang gagal dalam mana-mana bahagian peperiksaan dan terpaksa meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik 100% perjanjian tanpa faedah kepada Yayasan UTHM.

•1.6 Universiti tidak bertanggungjawab menyediakan pekerjaan kepada calon setelah tamat pengajian.

•1.7 Yayasan UTHM tidak bertanggungjawab membayar apa jua bayaran seperti bayaran perjalanan kapal terbang, sara hidup, sewa rumah, dan apa jua bayaran yang dikenakan pada pelajar selain daripada biasiswa yang dianugerahkan.

•1.8 Calon yang dikehendaki membayar kembali biasiswanya hendaklah berbuat demikian 6 bulan selepas tarikh mendapat ijazah.

•1.9 Calon pada setiap masa tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Kaedah-kaedah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (Tatatertib Pelajar) 2001. Sekiranya pelajar didapati bersalah oleh Lembaga Tatatertib Universiti dan mana-mana mahkamah di Malaysia, adalah menjadi hak mutlak Yayasan untuk menggantung atau memberhentikan pembayaran Biasiswa tersebut.

Sumber : Website UTHM

1 comments:

February 3, 2014 at 7:32 AM Unknown

pmohonan biasiswa 2014 bila?

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK