Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mahasiswa UTHM Timba Pengalaman

PELAJAR antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyelami budaya hidup masyarakat desa apabila menyertai program 'Homestay for International Students' di Kampung Teminin Baru, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Seramai 23 pelajar dari Libya, Yaman dan Somalia serta sembilan lagi penuntut tempatan menyertai program julung kali anjuran bersama UTHM, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan itu.

Sepanjang program tiga hari itu, pelajar berkenaan menjalani pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung, antaranya bergotong-royong, kenduri, marhaban, menanam pokok dan permainan tradisional.

Majlis perasmian dan penyerahan pelajar terbabit sebagai anak angkat kepada 30 keluarga di kampung itu disempurnakan Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Dr Fauzi Ramlan.

Nashwan Hamid Yahya Al-Emad dari Yaman berkata, dia berpeluang menyesuaikan diri dengan persekitaran, selain mempelajari budaya dan adat resam kehidupan masyarakat kampung di negara ini.

Antara pengalaman menarik, katanya, ialah merasai sendiri suasana sambutan Aidilfitri masyarakat Islam negara ini.

"Pada hari kedua program, kami menolong penduduk kampung menyediakan kelengkapan dan juadah hari raya seperti membakar lemang, merebus ketupat dan memasak rendang.

"Kemeriahan suasana hari raya di sini amat dirasai terutama apabila berpeluang mempelajari cara membakar lemang dan menganyam ketupat.

"Program ini memberi pengalaman baru yang menyeronokkan dan pastinya saya tidak keberatan mengikuti program seumpamanya pada masa depan," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada universiti dan kementerian yang memberi peluang menyertai program itu, pelajar Somalia, Mohamaed Ali Ahmed berkata;

"Saya dapat menyelami budaya dan gaya hidup masyarakat Melayu sepanjang tiga hari berada di kampung ini.

"Kekukuhan persaudaraan sesama Muslim di negara ini dirasai terutama ketika majlis marhaban di empat rumah pada malam hari kedua."

Sementara itu, pelajar Libya, Mohammed Buofa, berkata keramahan penduduk kampung membuatkannya terharu.

Sempena program itu dan penghargaan kepada penduduk, pelajar terbabit turut menanam pokok di sepanjang 800 meter jalan masuk ke kampung berkenaan.

Sumber: Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK