Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kenangan Raya Pelajar Asing

KOTA TINGGI 10 Nov. - Walaupun hari lebaran sudah melabuhkan tirainya, namun kenangan menyambutnya pasti tetap menjadi ingatan buat sekumpulan 37 penuntut antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.

Menyambut Aidilfitri tanpa keluarga di sisi antara pengalaman yang cukup menyentuh perasaan buat mereka apatah lagi tatkala takbir bergema, mengenang wajah-wajah insan tersayang yang jauh ribuan batu.

Namun kenangan indah penuntut dari Yaman, Libya dan Somalia meraikan Aidilfitri bersama keluarga angkat mereka selama tiga hari dua malam di Kampung Temenin Baru dekat sini baru-baru ini, sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan walaupun tidak semeriah berbanding di negara sendiri.

Rata-rata mereka yang ditemui melahirkan rasa kagum dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri yang diadakan itu.

Bagi Al-Emad Nashwan Hamid Yahya, 20, yang berasal dari Hajjah, Yaman, walaupun terasa sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga namun perasaan itu dapat diatasi kerana bukan dia seorang sahaja penuntut asing yang menyambut hari raya di Malaysia.

Dia yang melanjutkan pengajian Ijazah Kejuruteraan Awam di UTHM sejak tahun lalu mengakui, sambutan hari raya di sini cukup jauh berbeza apatah lagi tanpa ahli keluarga menjadikan sambutannya tidak semeriah di kampung halaman.

"Walaupun sedih kerana tidak dapat bersama keluarga di kampung halaman, namun saya seronok dengan aktiviti yang diadakan pihak universiti seperti ini.

"Sekurang-kurangnya terubat juga kerinduan kami ketika bersama keluarga angkat di sini," katanya.

Rakannya, Abni Fatah Hussein, 22, dari Somalia pula berkata, meraikan Aidilfitri tanpa keluarga adalah saat yang paling sedih baginya.

Katanya, walaupun ada kawan-kawan namun dia tetap teringatkan keluarga di Somalia serta makanan yang dihidangkan pada pagi hari raya.

"Meskipun jauh dari kampung halaman masing-masing, sambutan Aidilfitri bersama keluarga angkat di sini tetap memberi seribu kenangan dan pengajaran.

"Memang tidak pernah lihat dan merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri sebegini, malahan ia merupakan program terbaik pernah saya ikuti," katanya sambil memberitahu memang terasa janggal dan sedih tapi lama-kelamaan berjaya membiasakan diri.

Bagi Muhammad Al-Fakih, 21, dari Yaman pula, walaupun baru pertama kali merasai juadah hari raya di sini seperti lemang dan rendang, tetapi dia amat menggemari makanan disediakan keluarga angkat itu.

"Di Yaman juga terdapat pelbagai juadah sempena sambutan hari raya tetapi kebanyakannya adalah manisan," katanya yang boleh bertutur bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih.

Menurutnya, Malaysia menjadi pilihan ramai penuntut antarabangsa yang beragama Islam kerana bukan sahaja kualiti pendidikan yang ditawarkan, malah tidak sukar untuk mencari makanan halal.

Sumber: Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK