Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Peluang Pelajari Budaya Malaysia

KOTA TINGGI 10 Nov. - Program Aidilfitri Pelajar Antarabangsa 2009 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Kampung Temenin Baru dekat sini baru-baru ini mampu memberi peluang bagi penuntut asing mendekati dan mempelajari budaya masyarakat Malaysia.

Program anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pelajar Antarabangsa UTHM serta Persatuan Homestay Malaysia yang disertai 37 peserta itu mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan kemahiran agar lepasan universiti itu berfikiran kritis dan inovatif, kata Pensyarah Kanan UTHM, Shamsaadal Sholeh Saad.

"Program itu juga selaras dengan Teras 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran dan agenda kritikal pembangunan sahsiah pelajar holistik," katanya.

Program tiga hari dua malam itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut, antaranya aktiviti khidmat komuniti bersama keluarga angkat dan masyarakat kampung seperti bergotong-royong menyediakan juadah hari raya seperti ketupat, lemang dan rendang.

Selain itu, turut diadakan program motivasi untuk pelajar serta masyarakat kampung dan menanam pokok bunga di persimpangan masuk di kampung tersebut.

Sementara itu, Adham dalam ucapannya berkata, setiap penuntut antarabangsa di Malaysia merupakan 'duta kecil' Malaysia di negara masing-masing dan membantu secara tidak langsung mempromosikan pengajian tinggi di negara ini.

Program itu diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada penuntut antarabangsa dalam memastikan mereka membawa pengalaman positif serta mempromosikan pengajian tinggi Malaysia di negara-masing-masing apabila tamat pengajian nanti.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramian berkata, program seumpama itu adalah julung kali diadakan untuk pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia.

"Ia merupakan satu usaha kementerian bagi menunjukkan keprihatinan terhadap pembangunan pelajar antarabangsa di samping memastikan mereka mendapat pengalaman positif sepanjang menuntut di Malaysia," katanya.


Sumber:Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK