Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

UTHM pertingkat perkhidmatan internet

BATU PAHAT 11 Dis. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Jaring Communications bagi menaik taraf perkhidmatan Internet di kampus berkenaan baru-baru ini.

Menerusi perjanjian itu, Jaring Communications akan meningkatkan perkhidmatan Internet berkelajuan 115 megabit (Mbps) sesaat mulai akhir bulan ini, berbanding 45 Mbps ketika ini.
Pada majlis tersebut, UTHM diwakili Naib Canselornya, Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin, manakala Jaring Communications diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohamed Awang Lah.

Mohamed berkata, menerusi peningkatan perkhidmatan Internet itu, ia akan membolehkan UTHM melaksanakan pelbagai program dan aktiviti secara lebih pantas.
"Ini termasuk bagi tujuan pentadbiran, pengajaran, program akademik serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya.Menurutnya, pada masa ini pihaknya membekalkan keperluan Internet berkelajuan tinggi kepada 11 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan akan terus membekalkan perkhidmatan lebih stabil dari semasa ke semasa.

Pada majlis tersebut, UTHM turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan TH Properties Sdn. Bhd., bagi membangunkan bahan binaan yang lebih berkualiti dan mesra alam bagi projek Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Pada MoU itu, UTHM diwakili Mohd. Noh, manakala TH Properties oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaharuddin Saidon.Kedua-dua upacara yang diadakan di UTHM itu disaksikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sumber:Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK