Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

UTHM tangguh pengundian

BATU PAHAT 27 Jan. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menangguhkan hari pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009/2010 yang dijadualkan Khamis ini, kepada 4 Februari.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, penangguhan itu bagi menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang merupakan ayahanda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada 22 Januari lalu.

Shafry berkata, penangguhan itu turut melibatkan tarikh mula berkempen bagi semua calon iaitu pada 30 Januari.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari lalu merupakan Canselor UTHM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 26 kerusi iaitu sembilan kerusi umum dan 17 kerusi fakulti dipertandingkan. Penamaan calon diadakan pada Isnin lalu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM.

"Sesi penamaan calon ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

Sebelum diumumkan calon- calon yang layak bertanding, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Prof. Ir. Dr. Amir Hashim Mohd. Kassim telah menyampaikan amanat kepada semua calon MPP supaya berkempen dengan berhemah tanpa menimbulkan isu yang memudaratkan nama universiti.

"Nama semua calon itu kemudian diumumkan Timbalan Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Abdul Malek Ibrahim," katanya.

Sumber:Utusan Onlinr

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK