Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

10 000 Warga UTHM Berkabung

BATU PAHAT 27 Jan. - Hampir 10,000 warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) termasuk 8,000 pelajarnya berkabung atas kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar, Jumaat lalu.

Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin (gambar) berkata, perkabungan bermula sebaik sahaja kemangkatan baginda sultan diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada malam tersebut.

Menurut beliau, selain memakai lilitan putih pada songkok dan bertudung putih bagi umat Islam, mereka yang bukan Islam pula memakai lilitan hitam pada lengan masing-masing.

''Masjid UTHM dan surau-surau kampus turut mengadakan bacaan tahlil dan surah Yassin untuk Almarhum selama seminggu bermula Sabtu lalu," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut mengibarkan Jalur Gemilang, bendera Johor dan bendera UTHM separuh tiang selama seminggu sebagai menghormati kemangkatan baginda.

''Pelajar-pelajar dibekalkan kain lilitan putih dan hitam sejak Isnin lalu bagi membolehkan mereka memakainya," katanya.

Sementara itu, Mohd. Noh berkata, semua warga UTHM berasa hiba atas kemangkatan Sultan Iskandar yang juga merupakan ayahanda kepada Canselor UTHM, Sultan Ibrahim Ismail.

Menurutnya, Sultan Iskandar merupakan seorang raja yang begitu menitikberatkan soal agama Islam dan penggunaan bahasa Melayu di UTHM.

''Ini satu kehilangan besar bagi seluruh warganegara Malaysia terutama rakyat Johor," katanya.

Sementara itu, hari pengundian Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 yang dijadualkan esok telah ditunda pada 4 Februari depan ekoran perkabungan itu.

Sumber:Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK