Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

PRK UTHM- Perang Poster Calon

UTHM- Perang poster antara calon-calon yang bertanding pada PRK UTHM kali ini semakin hangat dan sengit.Banyak poster-poster yang memaparkan wajah calon dan manifesto calon digantung hampir dikeseluruhan kawasan utama UTHM.Antaranya kawasan Dataran Anggerik, Dataran Pusat Niaga Siswa, Laluan Pejalan Kaki, Bangunan G3, Kolej-kolej Kediaman dan banyak lagi kawasan yang menjadi tumpuan mahasiswa dan mahasiswi UTHM.

Selain melalui perang poster yang digantung dikawasan utama UTHM, pihak calon turut memanfaatkan penggunaan ICT yang kebanyakannya mempromosikan diri mereka melalui laman sosial FACEBOOK.Turut tidak ketinggalan, sebahagian calon yang bertanding turut menggunakan medium utama UTHM iaitu UCiTV yang merakamkan ucapan calon-calon yang bertanding.Video calon di UCiTV KLIK DI SINI



Diharapkan perkembangan calon-calon yang bertanding pada PRK sesi 2010/2011 ini akan membangkitkan lagi semangat para mahasiswa dan mahasiswi bagi melakukan UNDI pada 4 Febuari ini dikawasan pembuangan undi yang telah ditetapkan. Semoga UTHM akan disemarakkan lagi dengan budaya politik kampus yang lebih matang bagi melahirkan para mahasiswa dan mahasiswi universiti yang berketerampilan dan berciri kepimpinan yang tinggi.

Kepada para calon yang bertanding, gunakanlah masa berkempen yang diberikan untuk memancing undi para pengundi dan pastikan janji dan manifesto yang anda buat kepada mahasiswa dan mahasiswi UTHM ini akan tertunai sekiranya anda yang menjadi pilihan mereka.

PERHATIAN KEPADA CALON YANG INGIN MEMAPARKAN POSTER ANDA DIDALAM BLOG UTHMbloggers.blogspot.com INI, ANDA BOLEHLAH MENGHANTARKAN POSTER ANDA DALAM BENTUK SOFT COPY KE E-MAIL uthmbloggers@gmail.com. KEMPEN ADALAH PERCUMA.SEKIAN.

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK