Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Perkongsian maklumat tingkat bilangan pelajar antarabangsa

JOHOR BAHRU 20 Feb. - Perkongsian maklumat dan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) penting dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di negara ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Ir. Dr. Amir Hashim Mohd. Kassim berkata, dengan cara itu, setiap IPTA dapat berkongsi kelebihan dan cabaran yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat itu.

"Sehubungan itu, UTHM mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Kebangsaan Kecemerlangan dan Kelestarian Pengajian Pasca Ijazah IPTA (CPGS).

"Ia dapat memberi peluang kepada semua IPTA untuk berkongsi serta bertukar-tukar pandangan dan maklumat khususnya dalam meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa," katanya.

Beliau berucap sempena majlis penutup CGPS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Datuk Md. Ismail Ahmad Khan.

Seminar selama tiga hari itu disertai pelbagai IPTA antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Amir Hashim berkata, seminar itu juga diharapkan dapat membantu memberikan idea kepada pihak IPTA dan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung penubuhan pusat-pusat pengajian bagi pelajar siswazah antarabangsa.


Sumber: Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK