Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sukatan Kursus Kejuruteraan di IPTA akan dirombak

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Sukatan pelajaran kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh 27 institut pengajian tinggi (IPTA) di negara ini akan diselaraskan dengan keperluan dan tuntutan pasaran kerja.

Pengerusi Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC), Datuk Dr. Abd. Rahim Hashim berkata, pihaknya dan Majlis Jemaah Dekan Kejuruteraan IPTA Malaysia (MCED) bersetuju melaksanakan pembaharuan itu dalam usaha memenuhi permintaan pasaran industri itu di peringkat global.

"Pendekatan ini akan menaik taraf kualiti siswazah IPTA agar dapat menandingi standard pelajar kejuruteraan di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Dekan-dekan IPTA di Universiti Teknologi Malaysia, di sini, hari ini.

Katanya, sukatan baru itu akan memberi pendedahan lebih mendalam tentang bidang yang bakal diceburi oleh pelajar selepas tamat pengajian.

Selain pembaharuan dalam sukatan pelajaran, EAC dan MCED akan meluaskan pengakreditasian program kejuruteraan di IPTA dan IPT swasta agar dapat menaik taraf kualiti siswazah dan membolehkan mereka diterima baik di pasaran kerja. – Bernama

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK