Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mahasiswa UTHM berkampung di Air Papan

MERSING 27 April - Seramai 40 penuntut Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengikuti program Community Development Camp (Comdeca) selama tiga hari di Kampung Air Papan, dekat sini baru-baru ini.

Penyelaras program, Ahmad Khirul Nizam Ali berkata, program itu bertujuan membina kemahiran insaniah mahasiswa UTHM di samping mewujudkan perhubungan dan persefahaman yang baik dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, ia juga sebagai salah satu usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum di UTHM.

"Program ini turut dijayakan bersama Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dalam meningkatkan keprihatinan penduduk menjaga alam sekitar," katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, peserta turut menempatkan tong kitar semula di sekitar Kampung Air Papan serta pantai supaya pengunjung sentiasa menjaga kebersihan kawasan berkenaan.

Ahmad Khirul berkata, SAJH turut membuka kaunter khidmat pelanggan bagi memberikan khidmat nasihat kepada penduduk kampung di samping menerima aduan mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Sementara itu, Pengarah Program, Mohd. Hafiz Ariffin memberitahu, aktiviti dirangka khusus untuk menguji kepekaan peserta dengan menerapkan persefahaman antara satu sama lain serta membentuk dan membina semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Semasa program penduduk turut diberi bimbingan mengenai aspek keusahawanan yang disampaikan pensyarah UTHM, Dr. Ng Kim Soon bagi membuka ruang kepada mereka merangka dan menjana pendapatan tambahan keluarga.

"Pengalaman yang diperoleh telah membuka mata mahasiswa tentang pentingnya tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Program ini berunsurkan pembangunan sosial yang mengandungi tiga elemen utama sebagai kompas pelaksanaan iaitu pendidikan, alam sekitar dan keusahawanan," katanya.

Seorang penuntut Jurusan Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan & Keusahawanan, Abigail Chan Al Huey, 21, mengakui gembira dapat belajar mengenai adat dan budaya Melayu.

"Pengalaman indah sebegini tidak akan dilupakan begitu saja, malah jika diberikan peluang sekali lagi, saya ingin ke kampung itu lagi," katanya.

Nur Azlin Mohd. Zin, 23, penuntut Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar pula mengakui mendapat pengalaman dan pengetahuan berguna khususnya menerusi kempen alam sekitar dengan kerjasama SAJH

"Aktiviti lain yang turut diselitkan sepanjang program itu seperti sukaneka, gotong-royong bersama penduduk dan melawat sawah padi juga begitu menyeronokkan," katanya.

Bagi rakannya, Tajuddin Hisham Abdul Rahim, 23, kerjasama antara peserta dengan penduduk kampung serta kakitangan SAJH amat baik dan berharap hubungan akrab itu berterusan pada masa depan.

"Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.


Sumber:Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK