Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Suara MPP : Pemilihan Kursus

Pelajar, ibu bapa perlu rancang sebelum ke IPT

MEMILIH kursus atau bidang pengajian di universiti bukanlah semudah memilih barang yang ingin dibeli di kedai. Ia adalah keputusan penting dalam kehidupan seseorang dan perlu dilakukan dengan teliti kerana jika berlaku kesilapan, pastinya akan menimbulkan penyesalan berpanjangan.

Persoalannya, mampukah lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat pilihan yang tepat dalam mencorakkan masa depan hanya berbekalkan sekelumit pengalaman dikutip di sekolah? Atau sejauh manakah ibu bapa dapat memastikan anak tidak terkandas di tengah jalan serta menyalahkan ibu bapa kerana tidak memahami kehendak mereka sedangkan ada yang berjaya mendapat segulung ijazah perubatan semata-mata memenuhi kehendak ibu bapa, tetapi akhirnya melakukan sesuatu yang lain untuk kepuasan sendiri.

Justeru, dalam menghadapi kemelut seperti itu, pemilihan kursus seharusnya dilihat menerusi pelbagai aspek dan bukannya bergantung pada satu pihak saja.

Pemilihan perlulah berdasar kombinasi perbincangan antara pelajar, kaunselor mahupun ibu bapa bagi memastikan bidang pengajian yang tepat dan menjamin prospek kerjaya yang baik apabila telah tamat pengajian kelak.

Bakal mahasiswa dan ibu bapa perlu merancang dan memilih bidang dengan betul supaya mahasiswa tersebut bukan saja mampu berjaya dalam akademik di universiti tetapi turut berjaya untuk mendapat kerjaya selepas itu.
Apalah gunanya jika mendapat ‘first class’ tetapi tidak mampu mencari pekerjaan disebabkan prospek kerjaya yang kecil dalam bidang itu, tambahan pula persaingan mencari kerja hari ini adalah sangat sengit.

Mereka tidak boleh memilih mana-mana bidang sesuka hati semata-mata atau hanya kerana minat dalam bidang tersebut kerana ia tidak akan menjamin masa depan yang cerah.

Saya suka memetik kata-kata salah seorang dekan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, “Apabila kita memancing, biarlah di tempat yang kurang orang dan banyak ikan”.

Kata-kata itu secara tidak langsung menggambarkan pentingnya kebijaksanaan bakal mahasiswa dalam meneroka bidang pengajian tepat dan bersesuaian dengan kecenderungan, pencapaian akademik dan prospek kerjaya masa depan.

Sebahagian besar ibu bapa dan anak mengharapkan peluang kerjaya yang cerah sebaik saja anak menamatkan kursus atau pengajian terutama bagi anak yang diamanahkan untuk membela nasib keluarga.

Jika demikian keadaannya, sudah tentu kursus yang mampu menawarkan peluang pekerjaan bakal menjadi pilihan dan ia menuntut bakal mahasiswa mahupun ibu bapa membuat sedikit tugasan mengkaji apakah peluang pekerjaan yang ada di pasaran dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Malah, saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pelajar membuat pilihan bijak dengan memohon kursus bidang baru yang berpotensi mencipta kejayaan baru negara dan tidak hanya memberi fokus kepada kursus biasa yang mudah lulus atau senang mendapat pekerjaan juga wajar diteliti.

Shahzada Khan Nawab Khan
Yang Di Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Sumber: Berita Harian Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK