Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Teknologi UTHM bantu industri automotif



Industri automotif tempatan menerima suntikan baru dengan kejayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menghasilkan beberapa produk penyelidikan yang mampu memberi nilai tambah kepada kemajuan teknologi permotoran tersebut.

Tiga produk penyelidikan tersebut, peralatan penggantian penyerap hentakan Shock Absorber Replacement Apparatus (SARA) , Eco-Muffler dan Green Filter atau penapis mesra alam.

Kejayaan tersebut dicatat oleh sekumpulan penyelidik UTHM, merupakan sumbangan bermakna kepada industri penting negara ini.

Kumpulan penyelidik tersebut adalah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), di bawah pengelolaan Jabatan Kejuruteraan Loji dan Automotif (JKLA) untuk turut sama membantu memperkembangkan lagi teknologi industri permotoran tempatan.

Salah satu kumpulan penyelidikan di bawah FKMP yang diberi nama Kumpulan Penyelidikan Automotif (ARG) telah ditubuhkan dengan rasminya pada Oktober 2008, diterajui oleh Dr. Ahmad Jais Alimin.

Kumpulan tersebut mempunyai objektif untuk menghasilkan penemuan dan teknologi baru yang boleh diimplementasikan dalam industri permotoran tempatan.

SARA merupakan satu teknologi menarik yang memperkenalkan mekanisme baru untuk mengganti penyerap hentakan dengan kaedah meminimumkan tenaga kerja, meningkatkan tahap keselamatan serta menjimatkan masa.

Alat tersebut bukan saja mudah digunakan, tetapi juga boleh diaplikasikan pada semua jenis kenderaan ringan.

Menurut beliau, kerja menukar penyerap kejutan kenderaan merupakan kerja yang sangat rumit dan boleh menimbulkan kecederaan sekiranya tidak dilakukan dengan teliti.

Tambahan itu, bagi pekerja-pekerja bengkel kenderaan yang kurang berpengalaman dan menggunakan alat konvensional, kerja-kerja menukar komponen-kompenen tersebut adalah sangat sukar dan sememangnya akan mengambil masa yang lama.

Kumpulannya juga telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan ARG-SARA dapat membantu para pemilik bengkel kenderaan kerana ia memudahkan kerja-kerja penukaran penyerap kejutan, menjimatkan masa operasi dan serta selamat untuk digunakan.

Dalam pada itu, SARA telah berjaya memenangi pingat gangsa pada Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA'09) dan telah bersedia untuk dikomersialkan.

Selain SARA, ARG turut memperkenalkan Eco-Muffler yang dihasilkan berikutan peningkatan pencemaran udara yang semakin serius dan tidak terkawal.

Menurut Ahmad Jais, inovasi berkenana memfokuskan kepada pengurangan pencemaran udara dan juga bunyi, melalui penggunaan komponen khas di dalam sistem ini.

"Dari segi kejuruteraan kenderaan berprestasi tinggi pula, ARG telah menampilkan modifikasi yang dinamakan sistem ekzos dua peringkat.

"Peralatan ini membantu dalam mengawal tekanan dalam sistem ekzos kenderaan untuk memastikan ia berada pada tahap optimum,'' katanya di kampus UTHM Batu Pahat baru-baru ini.

Berdasarkan kepada tema penyelidikan yang sama, ARG turut menghasilkan penapis hijau atau green filter yang boleh dipasang pada 'catalytic converter' sesebuah kenderaan untuk menapis gas-gas yang menyumbang kepada pencemaran.

Asap dan gas keluaran kenderaan adalah di antara penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar di Malaysia. Penukar bermangkin adalah komponen yang dipasang di dalam sistem ekzos bagi mengatasi masalah ini.

Namun begitu, kos bagi komponen ini adalah tinggi kerana menggunakan teknologi luar negara dan pemangkin yang mahal harganya.

Oleh itu, satu kaedah dalam menghasilkan penukar bermangkin yang menggunakan teknologi tempatan adalah perlu untuk menghasilkan sesebuah kenderaan yang dapat menapis gas keluaran dengan kos yang lebih rendah.

Masalah ini telah mendorong sekumpulan penyelidik diketuai Shahrin Hisham Amirnordin bersama Hamimah Abd Rahman, Dr. Ahmad Jais Alimin dan beberapa penyelidik lain menghasilkan penapis seramik poros dinamakan penapis mesra alam itu.

Ia dihasilkan dengan teknik dan bahan yang lebih murah membolehkan ia dipasang di dalam penukar bermangkin dan digunakan di dalam sistem ekzos kenderaan berenjin petrol mahupun diesel.

Penapis mesra alam itu merupakan kombinasi antara alumina dan zeolite semulajadi menjadikan ia penapis dengan struktur poros.

Struktur poros tersebut membolehkan ia memerangkap gas berbahaya seperti hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrogen oksida serta asap dari enjin kenderaan.

Selain daripada kegunaan di bidang automotif, produk berkenaan juga berpotensi digunakan sebagai penapis dalam proses bioreaktor, sistem keluaran gas dan asap industri, enjin motosikal dan generator kecil.

Di samping itu, ARG turut bergiat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi permotoran terkini,

Antaranya ialah UTM Educational Innovation of Motorsports and Automotive (EIMA) Race 2009 dan Perodua Eco-Challenge 2009.

Makmal yang dimiliki oleh ARG sememangnya mempunyai kemudahan dan peralatan yang lengkap bagi menjayakan projek dan menjalankan eksperimen yang berkaitan.

Antara kelengkapan moden yang terdapat di makmal ARG adalah seperti Dynapack Chassis Dynamometer untuk ujian prestasi kenderaan,

Pingat emas

Dynomite Dynometer untuk ujian prestasi motorsikal dan Engine Performance Simulation - GT Suite, sebagai platform untuk membantu dalam mereka bentuk dan simulasi prestasi enjin.

ARG juga bekerjasama dengan NAZA Bikes, SIRIM Berhad, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Technology Park Malaysia (TPM) bagi menjayakan beberapa projek perundingan dan industri yang berkaitan automotif.

Dengan kelengkapan teknologi dan tenaga manusia yang pakar serta berpengalaman, ARG yakin untuk terus maju dan mengorak langkah ke hadapan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan demi mempertingkatkan lagi mutu dunia permotoran tanah air serta menaikkan nama UTHM ke peringkat antarabangsa.

Menurut Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad yang merupakan Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) UTHM, produk yang dibangunkan ini telah berjaya memenangi pingat emas pada Ekspo Teknologi Antarabangsa (ITEX 2009), dan pingat gangsa pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE 2009) dan Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA 2009).

Produk ini juga telah terpilih untuk dibentangkan di Bengkel Padanan Perniagaan anjuran SIRIM Berhad dan Persatuan Pengilang Malaysia (FMM) pada tahun lepas.

Ia juga sedia untuk dipasarkan dengan harga yang sangat kompetitif serta boleh disesuaikan dengan aplikasi yang berbeza.

Sumber:Utusan Online

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK