Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Penyelidik UTHM Cemerlang

Sekumpulan penyelidik UTHM yang terdiri dari pelajar dan pensyarah telah menyertai ENVEX 2010 (Engineering Invention and Innovation Exhibition 2010) anjuran bersama Universiti Malaysia Perlis, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) di Kangar Perlis. Pameran ENVEX 2010 yang diadakan di Dewan Khoon Aik, Kangar telah menarik penyertaan sebanyak 150 produk dari pelbagai universiti dalam dan luar negara. ENVEX 2010 telah juga mendapat tajaan syarikat-syarikat konglomerat di antaranya HOLCIM, CIMA McGraw Hill, Malaysia Technology Park dan RASS d’SIGN & EVENT. Pameran ini telah diadakan dari 2 hingga 4 April, 2010.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM telah menghantar tujuh produk dan telah memenangi anugerah 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Dalam penyertaan sulung ini juga, gabungan kumpulan penyelidik muda dan pensyarah ini telah memenangi 2 anugerah khas iaitu Anugerah Produk Teknologi Baru Terbaik dan Produk Inovatif Terbaik melalui produk W-S DrainSystem. Penyelidik-penyelidik yang mewakili UTHM telah berjaya menyakinkan jawatankuasa penilai bahawa produk penyelidikan UTHM mempunyai nilai komersil dan bermanafaat untuk diaplikasikan.

Di antara produk yang berjaya ialah ORGAMAT, SOLAR PVD, W-S DrainSystem, Hi-Tech Spun Pile, Nibong Palm Soil Nailing System, WateSoil Apparatus dan SoilProp Kit. Kebanyakan produk ini adalah produk baru dan inovasi yang telah memenangi anugerah semasa dipertandingkan di Geotechnical Fastival, UTHM. Ketua penyelidik dan delegasi UTHM, Prof. Madya Dr Haji Mohd Idrus Haji Mohd Masirin, berkata UTHM memilih untuk menyertai pertandingan ini untuk mencungkil bakat-bakat baru penyelidikan khususnya di kalangan pelajar yang akan menjadi pelapis generasi penyelidik pada masa ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dan berharap akan dapat mengkomersilkan produk tersebut dalam masa terdekat. Menurut beliau lagi, usaha dan sokongan yang diberikan oleh UTHM banyak membantu meningkatkan minat di kalangan penyelidik khususnya di kalangan pelajar universiti dan adalah diharapkan kejayaan gemilang yang dicapai di Kangar, Perlis akan menjadi pencetus kejayaan pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

Prof. Madya Dr Haji Mohd Idrus Haji Mohd Masirin
FKAAS UTHM

6/4/2010

Sumber: Website UTHM

0 comments:

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK