USM, Pulau Pinang - Para pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi apabila Projek Sarjana Muda Pelajar Tahun Akhir UTHM yang dipertandingkan di National Research And Innovation Competition 2009 (NRIC'09) berjaya memenangi 3 pingat gangsa.
NRIC 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia telah diadakan bermula dari 15 hingga 18 Mei 2009. Sejumlah 10 pingat emas, 20 pingat perak dan 30 pingat gangsa telah dipertandingkan.
Keupayaan pelajar-pelajar UTHM memperolehi 3 pingat daripada sejumlah 60 pingat yang dipertandingkan membuktikan bahawa UTHM mampu melahirkan mahasiswa yang kreatif, inovatif dan dapat bersaing diperingkat global. Selain itu, keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran di UTHM yang sentiasa memberikan penekanan terhadap budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan pelajarnya turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan ini.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan pelajar UTHM dalam pertandingan ini khususnya kepada pihak pengurusan tertinggi universiti, fakulti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Hartabina, penyelaras PSM, dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya. Diharapkan kejayaan ini akan dapat membantu melahirkan generasi penyelidik yang mampu menyumbang kepada kemakmuran sejagat. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang
Senarai nama pemenang pingat adalah seperti berikut :
Bil
Nama Peserta
Fakulti
Nama Projek
Pingat
1.
Firdaus Akhimullah Munir Al-Hakim (Ketua)
Fazira bt Shafie
Ihfasuziela Ibrahim
FPT
Persepsi Penduduk Bumiputera Terhadap Pembangunan Iskandar Malaysia (IM) : Kajian Kes di Nusajaya
Gangsa
2.
Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin (Ketua)
FPTek
Pembangunan Mesion Bio-Diesel Berasaskan Minyak Masak Terpakai
Gangsa
3.
Muizzuddin Yusof (Ketua)
Mohd Aliff Mohd Safii
FKMP
Design and Analysis Between Metal-Metal and Metal-Polymer Combination for Artificial Hip Joint
UTHM- Pada 19/05/2009 yang lalu, satu program untuk stesen TV 1 iaitu Suara Siswa telah diadakan di UTHM.Program yang dipengerusikan oleh Dr Fazley itu telah membincangkan tajuk iaitu Modal Insan dan Negara Bangsa dengan disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada jam 9.00-10.00 malam yang lalu.
Program ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran tiga panel jemputan iaitu Naib Canselor UTHM, YDP MPPUPM dan YDP MPPUNIMAS. Program ini telah dibincangkan dengan begitu baik sekali dengan lontaran idea oleh panel-panel jemputan, hadirin dan juga penonton yang mengutarakan soalan atau pendapat mereka.
Menurut Profesor Datuk Noh Dalimin, iaitu NC UTHM bahawa 'Mahasiswa dan mahasiswi masa kini perlu dilahirkan dengan kuantiti yang berkualiti'. Walaupun kualiti itu lebih utama, namun mahasiswa perlu memantapkan diri mereka dengan berbagai ilmu dan pengetahuan yang bukan sahaja berlandaskan silibus pelajaran, tetapi mempelbagaikan diri mereka dengan kemahiran insaniah.
Diharapkan isu ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi khususnya di UTHM.Selain itu, diharapkan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi saling bantu-membantu didalam memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. SEKIAN.
7 Mei 2009- Sidang Dewan Undangan Negeri Perak akan dilangsungkan pada hari ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan disetrai oleh semua ADUN Perak.Majlis yang akan dirasmikan oleh Pemangku Sultan Perak iaitu Raja Dr Nazrin Shah itu berlangsung setelah 'kemelut politik' yang berlaku diPerak sejak beberapa bulan yang lalu.Semoga sidang yang berlangsung ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertelingkahan yang boleh memecah-belahkan kehidupan bermasyarakat diPerak dan Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini.
Selaku ADMIN uthmbloggers, saya ingin ingatkan agar berita ini tidak dimanipulasikan oleh mahasiswa dan mahasiswi sekalian berikutan berita yang berkaitan politik ini di terbitkan.Ini bukanlah bagi menyebelahi mana-mana pihak parti politik, tetapi ia adalah suatu informasi yang diterbitkan bagi mematangkan mahasiswa diUTHM dan Malaysia amnya mengenai sikap 'ambil tahu' mengenai perkembangan semasa yang berlaku diMalaysia.Sekian.
Dalam memperkasakan dan mewujudkan jaringan yang harmoni dan kukuh dalam aspek hubungan Universiti samada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa, pemimpin-pemimpin mahasiswa/i universiti perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Program ini dijalankan atas dasar kesedaran dan tanggungjawab dalam membantu golongan yang memerlukan. Ia juga salah satu cara bagi mengelakkan pembaziran barang-barang yang boleh digunapakai dan dikitar semula. Program yang dipengarahkan oleh Aizat Fikry Bin Sa’adullah dan timbalannya Martina Kohnidia Bt. Mahli mengharapkan agar objektif program iaitu mengamalkan kitar semula sebagai satu amalan hidup yang akan menjamin kesejahteraan generasi akan datang dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan manjadi tuan rumah bagi Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2009 pada 15hb hingga 19 Mei 2009. Berikut adalah maklumat lanjut:
Majlis Perasmian : 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Perasmi : Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin (Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)
Majlis Penutup : 19 Mei 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Paserta Konvensyen : Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh IPTA di Malaysia
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan : Forum bicara siswa, pembentangan kertas kerja, khidmat masyarakat, lawatan ke IRDA Iskandar Johor dan malam kebudayaan.
Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan menganjurkan Karnival Sukan MASUM 2009 pada 13-31 Mei 2009 yang mana akan mempertandingkan 22 acara sukan. Sempena kejohanan sukan tersebut, Universiti Utara Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini. Berikut adalah beberapa maklumat acara sukan yang dipertandingkan;
Karnival Hoki (L) Divisyen 2 : 13-20 Mei 2009 (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Karnival Bola Jaring : 13-20 Mei 2009 ( Universiti Malaya)
Karnival Bolasepak Divisyen 2 : 13-20 Mei 2009 (Universiti Utara Malaysia)
Football MASUM Cup : 23-31 Mei 2009 (Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak)
Setelah hampir setengah bulan diadakan undian mengenai soalan yang berkaitan keperluan artikel yang berbentuk politik disiarkan, maka didapati artikel yang berkaitan politik perlu disiarkan didalam blog ini.Ini adalah seiring dengan status mahasiswa dan mahasiswi yang berada diperingkat Pengajian Tinggi.Disini suka saya ingatkan bahawa artikel yang berbentuk politik ini bukanlah artikel yang akan mewakili mana-mana parti politik samada parti dari Barisan Nasional(BN) atau dari Pakatan Rakyat(PR).
Politik itu bukanlah suatu bidang yang sempit bahkan ianya adalah menjadi tunjang kepada kenajuan didalan ekonomi dan interaksi sosial terutamanya di Malaysia.Jadi, artikel yang berbentuk politik adalah artikel yang berkaitan dengan isu pemerintahan, pembangunanan untuk rakyat dan sebagainya yang berkaitan kepentingan rakyat.Didalam artikel politik, penggunaan NAMA PARTI adalah TIDAK DIBENARKAN.Pembaca uthmbloggers diminta memberikan respon melalui comment atau diruang chat jika terdapat artikel berkaitan politik yang difikirkan tidak sesuai diterbitkan.Sekian.
P/S: Kepada semua penulis uthmbloggers, adalah diminta mengikut syarat yang dinyatakan didalam posting ini.