Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
  1. 39 dikuarantin

    BATU PAHAT 28 Jun - Seramai 39 penuntut baru dari enam buah negara dikuarantin seminggu sebelum dibenar mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini bermula hari ini.

    Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, mereka dikuarantin di sebuah bangunan khas di luar kampus bagi mengelakkan penularan virus influenza A (H1N1) dan hanya dibenarkan mendaftar selepas tamat tempoh yang ditetapkan.

    Menurutnya, mereka terdiri daripada 30 pelajar dari Yemen, lima dari Somalia dan masing-masing seorang dari Chad, Mesir, Palestin dan Libya.

    "Mereka ditempatkan di bangunan tersebut sebaik sahaja tiba untuk mendaftar pagi ini," katanya ketika ditemui sempena pendaftaran penuntut baru universiti itu di sini hari ini.

    Menurut Shafry, empat penuntut tempatan diarah pulang ke kampung masing-masing dan kembali untuk mendaftar minggu depan kerana didapati demam.

    Beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan kesemua penuntut baru bebas daripada virus tersebut.

    Mengenai jumlah penuntut baru UTHM sesi ini, beliau berkata, seramai 2,600 tempat ditawarkan dan hingga pukul 4 petang ini 2,000 orang telah mendaftar.

    Sementara itu, Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri menghargai tindakan UTHM melakukan pengimbasan ke atas semua penuntut baru dalam usaha membendung penularan H1N1.

    "Ini dapat membendung wabak tersebut daripada merebak di kalangan masyarakat Parit Raja," katanya.

    Beliau menggesa penuntut yang baru kembali dari luar negara agar lebih bertanggungjawab dengan membuat pengakuan secara jujur kepada pihak UTHM sebelum mendaftar.

    "Ini untuk kebaikan semua pihak terutamanya warga UTHM dan penduduk sekitarnya," katanya.

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  2. UTHM kuarantin, saring pelajar antarabangsa seminggu

    BATU PAHAT 27 Jun - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus influenza A (H1N1) dengan meletakkan pelajar antarabangsa di kolej kediaman mereka selama seminggu sebelum dibenarkan masuk ke kampus.

    Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, dalam masa seminggu itu mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari pada pukul 9 pagi dan 9 malam oleh Pusat Kesihatan UTHM dan tidak dibenarkan keluar.

    ''Jika ada antara mereka yang menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan, mereka akan terus dihantar ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan lanjut," ujarnya.

    Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek bernilai RM5,000 kepada Utusan Melayu (M) Berhad sebagai tajaan 2,250 naskhah akhbar Kosmo! dan 2,000 naskhah akhbar Mingguan Malaysia sempena pendaftaran pelajar baru UTHM sesi 2009/2010 esok.

    Menurutnya, pelajar dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang baru pulang dari luar negara akan diletakkan di kediaman mereka selama seminggu.

    Bagi pelajar yang dari kawasan berdekatan pula, katanya, seperti di daerah ini diminta menangguhkan dahulu pendaftaran selama seminggu dan diminta berehat di rumah sahaja.

    Mohd. Noh berkata, tindakan itu merupakan langkah proaktif yang diambil agar H1N1 tidak menular ke dalam kampus.

    Bagaimanapun, katanya, setiap pelajar yang menangguhkan pendaftaran diminta menghubungi pihak universiti untuk tindakan selanjutnya.

    Menurutnya, pendaftaran pelajar baru UTHM akan bermula esok dan setiap pelajar yang mendaftar akan menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka benar-benar sihat sebelum memasuki kampus.

    Tambah beliau, buat masa ini terdapat 2,500 pelajar yang tinggal di dalam kawasan kampus dan 5,000 lagi pelajar tinggal di luar kampus.

    Sumber: Utusan Online
    Continue reading »
  3. INFLUENZA A H1N1

    Perhatian kepada seluruh warga UTHM,
    Disebabkan berita penyebaran Influenza A H1N1 yang makin kerap berlaku di Malaysia ini, saya selaku ADMIN ingin menasihatkan seluruh warga UTHM yang ada mengunjungi luar negara atau yang berkaitan sila buat pemeriksaan dahulu di hospital-hospital kerajaan bagi memastikan sesi pembelajaran yang akan datang ini akan berjalan dengan lancar.Berikut disertakan langkah pencegahan dari sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






    Continue reading »
  4. Alam Universiti di UTHM



    Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UTHM yang akan berdaftar sebagai WARGA UTHM.Diharapkan kehadiran anda di UTHM akan dapat meningkatkan lagi KECERMELANGAN UTHM.

    TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA WARGA BARU UTHM

    SELAMAT MELANGKAH KE ALAM UNIVERSITI

    IKHLAS DARIPADA:
    Blogger-blogger UTHM(UTHMbloggers)
    Continue reading »
  5. MASUM 2009

    Karnival Sukan MASUM 2009 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencipta rekod di Putrajaya apabila buat julung-julung kalinya muncul sebagai Juara Keseluruhan Berganda di Karnival Sukan Air MASUM 2009. UTHM Paddlers telah berjaya menyapu bersih Pingat Emas bagi Acara Rowing Wanita dan muncul sebagai Juara keseluruhan bagi acara Rowing Wanita serta Rowing Lelaki.

    UTHM juga telah muncul sebagai Johan bagi acara Bola Sepak Divisyen 1 apabila berjaya menewaskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 4-0 pada perlawanan akhir Fasa 1 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

    Pasukan Hoki UTHM pula telah berjaya muncul sebagai Naib Johan Divisyen 2 apabila tewas 1-2 kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

    Berikut adalah keputusan penuh pingat yang diperolehi oleh UTHM sempena Karnival Sukan MASUM 2009 yang diadakan pada 13 hingga 28 Mei 2009 yang lalu.DI SINI

    Continue reading »
  6. Tahniah PALAPES UTHM

    PALAPES UTHM Terima Pingat

    JOHOR BAHRU: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memenangi beberapa pingat yang membanggakan dalam beberapa pertandingan yang diadakan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA kali ke-28 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Sebanyak 12 IPTA seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tekologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Pendidikan Sultan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UniMAP) dan UTHM.

    Dalam Pertandingan Futsal, UTHM bertemu dengan UUM dalam perlawanan akhir sebelum diumumkan sebagai Johan dan berjaya membawa pulang Piala Pusingan.

    Dalam pertandingan menembak pistol (novelty) pula, PALAPES UTHM telah berjaya membawa pulang Piala Johan Keseluruhan melalui tiga kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut.

    •1. Pertandingan Menembak Berkumpulan - Johan

    •2. Pertandingan Menembak Jatuh Piring - Naib Johan

    •3. Pertandingan Menembak Individu

    •• Mej. Mazlan bin Hj Mohd Zain - Naib Johan

    •• Lt. Shahrome bin Shahadan - Tempat ke-4

    Empat penembak yang mengharumkan nama universiti itu adalah Lt. Kol. (K) Prof. Dr. Hashim bin Saim (Timbalan Komandan), Mej. Mazlan bin Hj. Mohd Zain (Ketua Jurulatih), Lt. Shahrome bin Shahadan (Ketua Platun) dan Lt. Engr. Muhammad Suhaimi bin Sulong (Ketua Peringkat) dari PALAPES UTHM.

    Dalam pertandingan Merentas Desa, dua Pegawai Muda dari PALAPES UTHM telah memenangi pertandingan ini dan keputusan adalah seperti berikut.

    Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka

    •1. Lt. M. Mohd Azuna bin Mohamed Sabri - Tempat ke-13

    •2. Lt. M. Nur Afiza binti Md. Sopi - Tempat ke-14

    Dalam pertandingan Kawad Kaki pula, PALAPES UTHM telah mendapat tempat ke-4 daripada 12 IPTA seluruh Malaysia. Johan bagi pertandingan ini adalah UTM diikuti dengan UKM dan USM.

    Timbalan Komandan PALAPES UTHM, Lt. Kol. (K) Prof. Dr. Hashim Saim berkata, sejak penubuhan pada tahun 2004, prestasi PALAPES UTHM semakin meningkat dan telah mengharumkan nama universiti serta membuktikan kemampuan kita untuk bersaing di peringkat kebangsaan. Tambahan lagi, hasrat beliau agar PALAPES UTHM akan lebih menyerlah pada tahun-tahun akan datang.

    Seramai 64 pegawai kadet Peringkat Senior dari PALAPES UTHM telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung daripada jumlah keseluruhan seramai 1174 dari seluruh IPTA Malaysia. Istiadat Pentaulihan Diraja ini telah berlangsung pada 20 Jun 2009 bersamaan 26 Jamadilakhir 1430H bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM.

    Continue reading »
  7. 10 Jun 2009, Utusan Online

    Artikel yang di terbitkan ini adalah petikan dari Utusan Online mengenai cadangan ADUN Semarang untuk membina kampus kedua di Ayer Hitam. Sila baca artikel ini dan berilah komen ika ada yang ingin memberikan pendapat tersendiri samada setuju atau tidak.Sekian.
    Continue reading »
  8. ARKIB : 20/05/2009 Utusan Malaysia

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga mahasiswa dan mahasiswi UTHM.Disini saya sertakan artikel melalui Utusan Online mengenai UTHM yang akan memperkenalkan konsep "Rumah Inap Pelajar".Saya selaku ADMIN blog ini ingin mempelawa seluruh warga UTHM khasnya bagi mengutarakan komen mengenai artikel yang disertakan ini.Berikanlah "PRO dan CONS" mengenai konsep ini. Sekian, selamat berkongsi pendapat melalui ruang comment dibawah artikel ini.

    KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
    Continue reading »
  9. DIRGAHAYU TUANKU

    Al-Wathiqu Billah
    Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
    DIRGAHAYU TUANKU
    SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU DAN MEMBERKATI HARI PEMERINTAHAN TUANKU SELAKU YANG DI-PERTUAN AGONG KE 13
    Continue reading »

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK