Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
  1. Perarakan Pelancaran Konvokesyen Ke-8 UTHM


    UPACARA PERARAKAN PELANCARAN KONVOKESYEN KELAPAN UTHM

    Perarakan anjuran UTHM ini merupakan yang julung kalinya diadakan oleh UTHM dan merupakan universiti pertama di Semenanjung Malaysia yang mengadakan upacara perarakan bagi mewar-warkan majlis konvokesyen yang akan diadakan.Perarakan ini akan disertai oleh kira-kira 800 orang.

    Tarikh: 1 Ogos 2009

    Masa : 8.30 malam

    Laluan Perarakan : dari Bank HSBC ke Dataran Penggaram Batu Pahat

    Peserta Perarakan : Pasukan Berkuda PDRM, Pasukan Kor-Suksis UTHM, PALAPES, Profesor-profesor, Ahli Senat Universiti, Pegawai Kanan Universiti, Bakal Graduan, Pasukan Pancaragam (Brass band) jemputan.
    Continue reading »
  2. Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke UTHM

    LAWATAN YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH BATU PAHAT

    Satu lawatan kerja oleh Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 Ogos 2009.Ketetapan seperti berikut:

    Tertib Acara

    12.10 tgh
    - Ketibaan Dif-dif jemputan

    - Ketibaan YAB Dato' Hj. Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor

    - Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia (YAB turun disimpang 3 (sebelum DTII), disambut dengan paluan kompang, barongan, pencak silat, tarian naga, tarian India)

    - Menanam pokok palma dan menyempurnakan pelepasan konvoi 20 pelajar berbasika sebagai simbolik pelancaran Kempen Bumi Hijau UTHM

    - Bergerak ke Dataran Siswazah (bersalaman)

    - Sesi bergambar bersama pelajar UTHM

    - Taklimat pembangunan dan akademik UTHM di Dewan 1

    - bergerak masuk ke Dewan Utama diiringi bacaan marhaban dan Selawat

    - Bacaan Doa

    - Koir Lagu UMNO Bersatu dan UMNO Johor.

    - Ucapan Datuk Hj Mohamad bn Hj Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading

    - Ucapan YAB Dato' Hj Abd Ghani bin Othman,Menteri Besar Johor

    - Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia

    - Pelancaran Buku "Tun Hussein Onn - Permata Manara Gading"

    - Penyampaian Cenderahati

    - Sidang media di Dewan 1

    - Jamuan di Dataran Terbuka
    Continue reading »
  3. UTHM bantu tangani hakisan pantai

    BATU PAHAT 28 Julai - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengemukakan empat kaedah bagi menangani hakisan pantai sepanjang 14 kilometer bermula dari Sungai Koris hingga ke Sungai Punggur, Senggarang di sini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'affar Hashim berkata, kaedah itu terkandung dalam laporan Kajian Hakisan Pantai yang dilaksanakan universiti terbabit baru-baru ini.

    Menurutnya, empat kaedah itu adalah pemasangan tembok lengkung (Sea Walls), pemasangan tembok pemecah ombak (Break Water), penambakan pantai berserta pemasangan konkrit (Sheet File) dan pemasangan sangkar berbatu (Groines).

    "Kos bagi melaksanakan projek itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM20 juta," katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata, kajian yang dijalankan sekumpulan pakar diketuai Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM, Prof. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad itu bermula pertengahan April tahun ini dan siap pada 15 Julai lalu.

    "Kajian selama tiga bulan itu membabitkan kos RM50,000 dan RM20,000 daripadanya disumbangkan oleh DUN Senggarang," katanya.

    Menurutnya, laporan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri awal Ogos ini untuk tindakan lanjut termasuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan projek berkenaan.

    Ja'affar berkata, projek itu bagi memastikan pantai berkenaan tidak terus terhakis sehingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk kampung dan harta benda mereka.

    "Kami berharap projek ini dapat dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)," katanya.

    Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, keadaan tanah pantai yang lembik dan disusuli pemendapan merupakan faktor berlaku hakisan di kawasan itu.

    Baru-baru ini, menurut Ja'affar, sebanyak sembilan lokasi telah dikenal pasti berada dalam keadaan kritikal ekoran hakisan pantai iaitu Minyak Beku, Tanjung Laboh, Koris, Parit Balau, Sungai Lurus, Punggur, Sungai Ayam, Sungai Suloh dan Tampok.

    "Air pasang di semua kawasan ini melampaui ketinggian benteng sehingga ada masanya meningkat ke paras 3.3 meter," katanya.

    Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, hakisan pantai itu telah bermula sejak tahun 60-an dan terus meningkat kebelakangan ini.

    "Kejadian ini mungkin mempunyai kaitan dengan fenomena pemanasan global yang mencairkan air batu di Kutub Utara dan Kutub Selatan," katanya.

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  4. Minggu Memperkasa Zakat 2009

    UTHM - Pada 27 dan 28 Julai yang lalu, satu Program yang berkaitan dengan zakat telah diadakan di Dewan Terbuka UTHM.Dengan membawa tajuk Minggu Memperkasa Zakat 2009, pelbagai maklumat dan aktiviti diadakan sempena program ini.

    Pada yang dianjurkan oleh pihak Pusat Islam UTHM ini melibatkan banyak pihak antaranya Jabatan Islam Negeri Johor, pihak syarikat, peniaga dan berbagai lagi. Terdapat banyak gerai dibuka sempena memenuhi aktiviti Minggu Memperkasa Zakat 2009 ini.Antaranya gerai buah-buahan tempatan, gerai menjual pakaian dan kaunter-kaunter syarikat seperti JCorp.

    Program ini telah sedikit sebanyak memperkembangkan lagi maklumat yang penting berkaitan zakat terutamanya untuk masyarakat yang beragama Islam.Semoga program seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi bagi memberikan informasi yang terkini kepada masyarakat terutamanya warga UTHM. Sekian.
    Continue reading »
  5. 25 pelajar sulung Aeroneutik

    BATU PAHAT 22 Julai - Seramai 25 pelajar akan diambil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mengikuti pengajian baru jurusan Kejuruteraan Aeroneutik (Penerbangan Profesional) pertengahan tahun depan.

    Naib Canselor UTHM, Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, mereka merupakan kumpulan pertama yang bakal dianugerahkan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeroneutik dengan kepujian serta lesen juruterbang apabila menamatkan pengajian selama empat tahun.

    Menurutnya, pengajian sulung dijangka bermula Julai tahun depan di kampus UTHM Sri Gading bagi program Sarjana Muda.

    ''Manakala latihan juruterbang pula akan dijalani pelajar di Asia Pacific Flight Training (APFT), di Kota Bharu, Kelantan yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM)," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas dua upacara menandatangani Memorandum Perjanjian antara UTHM dengan APFT dan antara UTHM dengan EMC Management Centre Sdn. Bhd., di UTHM di sini semalam.

    UTM diwakili Mohd. Noh manakala APFT oleh Pengerusinya, Datuk Faruk Othman dan EMC Management Centre pula oleh Pengarah Urusan EMC Training Sdn.Bhd., Hamid Abdullah.

    Mohd. Noh berkata, UTHM merupakan universiti pertama di negara ini yang akan melahirkan jurutera sekali gus berkelayakan menerbangkan pesawat komersial.

    ''Segala kemudahan makmal telah pun disediakan dan sebab itu kami memberanikan diri untuk memulakan pengajian tersebut," katanya.

    Selain itu, menurut beliau, pihaknya juga sedang giat membangunkan prasarana di Lapangan Terbang Tanjung Labuh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kampus UTHM.

    Menurutnya, lapangan terbang itu asalnya milik DCAM dan segala kemudahan yang sedia ada ditingkatkan oleh UTHM.

    Mengenai kelayakan kemasukan, beliau berkata, selain memiliki kelulusan biasa untuk program ijazah, calon diwajibkan mempunyai minat dalam bidang tersebut dan benar-benar sihat.

    ''Setiap calon akan diperiksa kesihatannya dan mereka yang benar-benar sihat sahaja diambil," katanya.

    Sementara itu, Faruk berkata, program itu merupakan usahasama pertama dijalinkan pihaknya dengan IPTA di negara ini.

    ''Kami akan memastikan semua kadet juruterbang menerima latihan berkualiti di APFT dan mempunyai daya saing yang tinggi di pasaran penerbangan," katanya.

    Menurut beliau, struktur program itu mengandungi dua bahagian iaitu pelajar akan mengikuti pengajian bahagian pertama di UTHM selama dua tahun dan kemudian ke akademi APFT bagi tempoh pengajian selanjutnya selama 18 hingga 20 bulan.

    ''Pengambilan pelajar pertama bagi program ini ialah pada sesi 1010/ 2011," katanya.

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  6. Konvokesyen Ke 8



    Pada 8,9 dan 10 Ogos 2009 yang akan datang, pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan melangsungkan Hari Konvokesyen yang ke 8. Konvokesyen yang akan berlangsung selama tiga hari ini akan diuruskan dibawah pihak MPPUTHM dengan kerjasama pihak UTHM.Jadi diminta kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UTHM yang terlibat dengan anugerah supaya melayari website khusus untuk MAJLIS KONVOKESYEN KE 8


    Continue reading »
  7. Karnival Kerjaya 2009

    Parit Raja- Pada hari Sabtu yang lalu, satu upacara Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka UTHM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia iaitu YB Senator Dato' Maznah Mazlan.Pada majlis tersebut, turut hadir adalah YB Dato' Noh Dalimin selaku Naib Canselor UTHM beserta para jemputan kehormat dan para hadirin ke Majlis itu.

    Acara perasmian bermula dengan simbolik menghidupkan mesin mengacau dodol oleh YB Senator Dato' Maznah.Setelah itu, para hadirin di persembahkan dengan tarian kebudayaan iaitu Zapin oleh pelajar UTHM dan turut didendangkan beberapa buah lagu.Pada majlis itu, YB tetamu rasmi iaitu Senator Dato' Maznah turut mendendangkan sebuah lagu sepagai tatapan kepada para hadirin yang bertajuk Tiga Malam.

    Majlis Perasmian ini berakhir dengan acara lawatan ke tapak-tapak pameran yang disediakan dengan penglibatan beberapa pihak Kerajaan dan Swasta.
    Continue reading »
  8. Kembara Mahkota Johor 2009



    Patik sekalian dari uthmbloggers mendoakan keselamatan dan kejayaan Tuanku sempena Program Kembara Mahkota Johor 2009 yang akan mencemar duli didaerah-daerah pedalaman dikawasan Johor Darul Takzim bermula 4-7 Julai 2009.

    Daulat Tuanku.
    Continue reading »
  9. Anugerah Kecermelangan ISM 2009

    Tahniah diucapkan kepada pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT) dan pelajarnya yang telah mengharumkan nama Universiti dengan memenangi dua anugerah kecemerlangan daripada badan profesional Institution of Surveyors, Malaysia (ISM).

    Pada 20 Jun lalu bertempat di Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan ISM kali yang ke-48 yang diadakan sempena International Surveyors' Congress ke-11 pada 18 hingga 19 Jun 2009. Sempena Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, staf FPT Sr. Dr. David Martin @ Daud Juanil yang merupakan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) telah dianugerahkan ISM Excellence Award 2009 - Best Article in Surveying iaitu anugerah untuk penulisan artikel terbaik dalam bidang pengukuran yang diterbitkan sepanjang tahun 2008 dalam jurnal penerbitan profesional ISM, The Malaysian Surveyor.

    Artikel yang memenangi anugerah tersebut bertajuk "The Existence of Automated Valuation Models (AVMs) Among Valuation Firms in Malaysia" yang ditulis bersama bekas pensyarah UTHM, En. Muhammad Najib bin Mohd. Razali dan bekas pelajar UTHM, Cik Mugunthany Arumugam daripada Program Pengurusan Harta Tanah.

    Selain itu, anugerah ISM Excellence Award 2009 - Best Student Award bagi kategori Property Consultancy and Valuation Surveying (PCVS) telah dianugerahkan kepada Saudari Noor Ashikin binti Mohamad, pelajar program Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah. Anugerah ini merupakan pengiktirafan oleh ISM yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang yang telah menamatkan pengajian mereka dalam bidang pengukuran di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

    Sumber: Website UTHM
    Continue reading »

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK