Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
  1. UTHMkorban 32 ekor ternakan

    BATU PAHAT 27 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila mengadakan majlis korban melibatkan 32 ekor haiwan ternakan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

    Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, haiwan korban itu terdiri daripada 28 ekor lembu, dua kerbau dan dua ekor kambing.

    Menurutnya, semua haiwan itu merupakan sumbangan 115 kakitangan termasuk pegawainya yang disalurkan menerusi Pusat Islam UTHM.

    ''Sebanyak 16 ekor lembu diagihkan ke 16 kampung di sekitar Parit Raja dan bakinya dikorbankan di Pusat Islam UTHM," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 16 lembu korban kepada wakil 16 kampung di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja di sini hari ini.

    Menurut Mohd. Noh, langkah itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan lagi kerjasama antara UTHM dengan masyarakat setempat.

    ''Kami berhasrat meneruskan ibadat korban ini dari semasa ke semasa dengan membabitkan kakitangan dan pegawai UTHM," katanya.


    Sumber:Utusan Online

    Continue reading »
  2. Selamat Bercuti

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pihak uthmbloggers ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada seluruh warga UTHM dan terima kasih diucapkan diatas sokongan anda terhadap blog uthmbloggers.blogspot.com ini.Sekian.
    Continue reading »
  3. Jom Serbu UTHM

    JOHOR BAHRU 20 Nov. - Orang ramai dijemput memeriahkan Program Merakyatkan Seni Budaya Kawasan di Padang Kawad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat esok dan lusa.

    Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor dan UTHM dengan kerjasama Majlis Daerah Batu Pahat dan Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat itu bermula pukul 7.30 pagi hingga 11 malam menyediakan pelbagai program bagi masyarakat setempat.

    Antara aktiviti yang diadakan adalah gerai pameran dan jualan, senam seni 1Malaysia, pertandingan permainan tradisi dan persembahan kesenian 1Malaysia.

    Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini memberitahu, program itu dijadualkan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

    Program itu bertujuan mengekalkan tradisi 'kenduri rakyat' di kalangan masyarakat setempat serta memupuk semangat gotong-royong dan kerjasama di kalangan mereka.

    "Ia juga bertujuan merapatkan hubungan dan interaksi antara pemimpin dan masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan masyarakat penyayang, seterusnya mengeratkan lagi perpaduan antara kaum," katanya.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi jabatan berkenaan di talian 07-2248270.


    Sumber: Utusan Online

    Continue reading »
  4. Peluang Pelajari Budaya Malaysia

    KOTA TINGGI 10 Nov. - Program Aidilfitri Pelajar Antarabangsa 2009 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Kampung Temenin Baru dekat sini baru-baru ini mampu memberi peluang bagi penuntut asing mendekati dan mempelajari budaya masyarakat Malaysia.

    Program anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pelajar Antarabangsa UTHM serta Persatuan Homestay Malaysia yang disertai 37 peserta itu mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan kemahiran agar lepasan universiti itu berfikiran kritis dan inovatif, kata Pensyarah Kanan UTHM, Shamsaadal Sholeh Saad.

    "Program itu juga selaras dengan Teras 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran dan agenda kritikal pembangunan sahsiah pelajar holistik," katanya.

    Program tiga hari dua malam itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba.

    Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut, antaranya aktiviti khidmat komuniti bersama keluarga angkat dan masyarakat kampung seperti bergotong-royong menyediakan juadah hari raya seperti ketupat, lemang dan rendang.

    Selain itu, turut diadakan program motivasi untuk pelajar serta masyarakat kampung dan menanam pokok bunga di persimpangan masuk di kampung tersebut.

    Sementara itu, Adham dalam ucapannya berkata, setiap penuntut antarabangsa di Malaysia merupakan 'duta kecil' Malaysia di negara masing-masing dan membantu secara tidak langsung mempromosikan pengajian tinggi di negara ini.

    Program itu diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada penuntut antarabangsa dalam memastikan mereka membawa pengalaman positif serta mempromosikan pengajian tinggi Malaysia di negara-masing-masing apabila tamat pengajian nanti.

    Sementara itu, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramian berkata, program seumpama itu adalah julung kali diadakan untuk pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia.

    "Ia merupakan satu usaha kementerian bagi menunjukkan keprihatinan terhadap pembangunan pelajar antarabangsa di samping memastikan mereka mendapat pengalaman positif sepanjang menuntut di Malaysia," katanya.


    Sumber:Website UTHM

    Continue reading »
  5. Kenangan Raya Pelajar Asing

    KOTA TINGGI 10 Nov. - Walaupun hari lebaran sudah melabuhkan tirainya, namun kenangan menyambutnya pasti tetap menjadi ingatan buat sekumpulan 37 penuntut antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.

    Menyambut Aidilfitri tanpa keluarga di sisi antara pengalaman yang cukup menyentuh perasaan buat mereka apatah lagi tatkala takbir bergema, mengenang wajah-wajah insan tersayang yang jauh ribuan batu.

    Namun kenangan indah penuntut dari Yaman, Libya dan Somalia meraikan Aidilfitri bersama keluarga angkat mereka selama tiga hari dua malam di Kampung Temenin Baru dekat sini baru-baru ini, sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan walaupun tidak semeriah berbanding di negara sendiri.

    Rata-rata mereka yang ditemui melahirkan rasa kagum dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri yang diadakan itu.

    Bagi Al-Emad Nashwan Hamid Yahya, 20, yang berasal dari Hajjah, Yaman, walaupun terasa sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga namun perasaan itu dapat diatasi kerana bukan dia seorang sahaja penuntut asing yang menyambut hari raya di Malaysia.

    Dia yang melanjutkan pengajian Ijazah Kejuruteraan Awam di UTHM sejak tahun lalu mengakui, sambutan hari raya di sini cukup jauh berbeza apatah lagi tanpa ahli keluarga menjadikan sambutannya tidak semeriah di kampung halaman.

    "Walaupun sedih kerana tidak dapat bersama keluarga di kampung halaman, namun saya seronok dengan aktiviti yang diadakan pihak universiti seperti ini.

    "Sekurang-kurangnya terubat juga kerinduan kami ketika bersama keluarga angkat di sini," katanya.

    Rakannya, Abni Fatah Hussein, 22, dari Somalia pula berkata, meraikan Aidilfitri tanpa keluarga adalah saat yang paling sedih baginya.

    Katanya, walaupun ada kawan-kawan namun dia tetap teringatkan keluarga di Somalia serta makanan yang dihidangkan pada pagi hari raya.

    "Meskipun jauh dari kampung halaman masing-masing, sambutan Aidilfitri bersama keluarga angkat di sini tetap memberi seribu kenangan dan pengajaran.

    "Memang tidak pernah lihat dan merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri sebegini, malahan ia merupakan program terbaik pernah saya ikuti," katanya sambil memberitahu memang terasa janggal dan sedih tapi lama-kelamaan berjaya membiasakan diri.

    Bagi Muhammad Al-Fakih, 21, dari Yaman pula, walaupun baru pertama kali merasai juadah hari raya di sini seperti lemang dan rendang, tetapi dia amat menggemari makanan disediakan keluarga angkat itu.

    "Di Yaman juga terdapat pelbagai juadah sempena sambutan hari raya tetapi kebanyakannya adalah manisan," katanya yang boleh bertutur bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih.

    Menurutnya, Malaysia menjadi pilihan ramai penuntut antarabangsa yang beragama Islam kerana bukan sahaja kualiti pendidikan yang ditawarkan, malah tidak sukar untuk mencari makanan halal.

    Sumber: Website UTHM

    Continue reading »

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK