Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
  1. Pengorbanan Generasi Kini


    Parit Raja - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kini sedang giat dibangunkan dengan berbagai pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan.Merujuk kepada pelan pembangunan yang dirancang, UTHM akan memperbesarkan lagi kawasannya dengan pembinaan Perpustakaan, Masjid, Fakulti-fakulti, Kolej Kediaman, Stadium Sukan dan beberapa lagi kemudahan untuk penuntut-penuntut UTHM.

    Pembangunan yang dilaksanakan ini akan menjadikan kawasan UTHM lebih luas dan pengambilan pelajar diuniversiti ini turut digandakan pengambilannya bermula semester yang akan datang.Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul kini seperti penempatan pelajar dikolej kediaman, kawasan pembinaan dan kemudahan-kemudahan yang terhad seperti penggunaan kemudahan sukan,tempat meletak kenderaan dan lain-lain, namun ia adalah suatu proses pengorbanan yang perlu dilalui dalam menuju kemajuan.

    Pengorbanan yang dilakukan ini memang amat membebankan terutamanya peenempatan dikolej kediaman, saya turut terlibat didalam proses ini dan terpaksa akur dengan bilangan tempat yang terhad untuk penempatan dikolej kediaman.Jadikanlah pengorbanan yang kita lakukan ini dengan ikhlas demi kemajuan UTHM yang akan datang.Sekian.

    "Dengan Hikmah Kita Meneroka"
    Continue reading »
  2. Malam Anugerah Pelajar 2008

    Tarikh : 25 April 2009
    Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
    Masa : 8.00 - 11.00 Malam
    Perasmi : YBhg. Datuk Dr. Zulkefli Bin A. Hassan (Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

    Dijemput kepada semua pelajar yang terlibat aktif dalam kelab/persatuan serta pelajar yang mencalonkan diri untuk datang beramai-ramai bagi meraikan dan memeriahkan Malam Anugerah Pelajar 2008.

    Sumber:Website UTHM
    Continue reading »
  3. Semoga Berjaya



    Kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UTHM, Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2008/2009.Saya selaku ADMIN ingin memohon kemaafan kepada pembaca UTHMbloggers dan doakanlah kejayaan kita semua.

    SEMOGA BERJAYA
    Continue reading »
  4. PELAJAR UTHM RAIH TEMPAT KE-3 DALAM PERTANDINGAN KUDA KEPANG

    Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Kuda Kepang MAKUM 2009 yang telah berlangsung pada 19 hingga 23 Mac 2009 yang lalu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya merangkul johan dalam pertandingan tersebut manakala Universiti Perguruan Sultan Idris dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua. Sebanyak dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menyertai pertandingan tersebut antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

    Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bagi menggalakkan mahasiswa mahasiswi IPTA di seluruh negara menyelami perihal kesenian Kuda Kepang yang sinonim dengan negeri Johor dengan lebih mendalam. Pertandingan yang buat julung kalinya diperkenalkan oleh MAKUM ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pelajar-pelajar universiti awam negara. Ini jelas menunjukkan bahawa seni tari kuda yang berasal dari tanah jawa, tidak hanya popular di negeri Johor semata-mata malah keunikannya melebar ke seluruh pelusuk tanah air.

    Pihak Universiti merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat, jurulatih serta staf yang telah bersama-sama berusaha bagi memastikan kejayaan tersebut. Tahniah sekali lagi diucapkan.

    Berikut adalah senarai nama pelajar yang menyertai pertandingan tersebut:

    1.Mohd Ridhwan Bin Abu Bakar FKMP

    2.Mohamad Hairunnizam Bin Murad FPTeK

    3.Muhd Amin Bin Abdullah FKMP

    4.Mohd Fahmi Bin Othman FKMP

    5.Azri Bin Jaharudin FKMP

    6.Muhammad Naqiuddin Bin Alias FKMP

    7.Arief Huzaimi Bin Md Yusof FKMP

    8.Ahmadi Bin Ahmad FKMP

    9.Ahmad Zulazmeer Bin Rozali FKAAS

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  5. Munajat Kecemerlangan

    Program Munajat Kecermelangan yang diadakan pada 16/04/2009 iaitu pada malam Khamis ini terlaksana dengan meriah dengan kehadiran kira-kira 200 orang warga UTHM yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi.Program yang bermula dengan majlis berbuka puasa itu kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah.

    Setelah selesai solat, majlis bacaan Yassin dan Tahalil diadakan dan dituruti dengan solat Isya' secara berjemaah. Solat Hajat turut diadakan dengan diimamkan oleh Imam 1 Masjid UTHM dan setelah itu para hadirin disajikan dengan sedikit jamuan makan oleh pihak penganjur dengan kerjasama MPPUTHM dan Kelab Iqra' UTHM. Program ini akan bersambung dengan acara kemuncak iaitu Qiamullail Perdana pada pukul 4.00 pagi Jumaat di Masjid UTHM (Muslimat) dan Surau KKTF (Muslimat).

    Pada majlis malam ini, turut hadir ialah beberapa orang pensyarah, staf dan perwakilan dari barisan MPPUTHM dan Kelab Iqra'.Semoga Program Munajat Kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dengan kerjasama yang baik antara HEP, PUSAT ISLAM, MPP dan KELAB IQRA' UTHM.
    Continue reading »
  6. Kabinet Malaysia




    PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan bergambar bersama barisan Kabinet baru sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di lobi Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.

    Ia merupakan mesyuarat pertama yang diadakan selepas Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu. Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di luar negara.Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) kini berada di Bermuda bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa persatuan itu.
    Continue reading »
  7. Cadangan @ Aduan

    Kepada semua mahasiswa dan mahasisiwi UTHM yang mempunyai sebarang cadangan atau aduan yang ingin disampaikan kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP), sila hantarkan cadangan atau aduan anda itu DI SINI
    Continue reading »
  8. UTHM komersial Kuik Wall

    JOHOR BAHRU 12 April - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya mengkomersialkan hasil penyelidikan terbarunya yang dikenali sebagai Kuik Wall dalam pasaran sektor pembinaan negara.

    Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, ia dikomersialkan dengan kerjasama pintar bersama syarikat dari Sabah, Supracoat (Sabah) Sdn. Bhd. selepas Kuik Wall dipatenkan.

    "Pihak universiti menaruh keyakinan yang tinggi bahawa produk ini akan dapat diterima secara meluas oleh para pemaju projek-projek pembinaan memandangkan ia dapat mengurangkan kos pembinaan selain kualitinya yang lebih baik berbanding material binaan lain," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

    Mohd. Noh berkata, Kuik Wall yang berteraskan konsep Precast Composite Wall System itu adalah hasil kajian pelopor dan penyelidik, Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM.

    Yee Loon berkata, produk itu amat sesuai digunakan untuk kerja-kerja pembinaan di kawasan tanah lembut kerana ia merupakan bahan konkrit yang hampir separuh lebih ringan dari blok konkrit biasa di pasaran ketika ini.

    Beliau memberitahu, ia dihasilkan dengan kaedah penyerapan buih ke dalam campuran simen dan pasir.

    "Produk ini bukan sahaja berjaya menjimatkan kos bahan mentah tetapi juga berupaya menjimatkan masa pembinaan sebuah bangunan," jelasnya.

    Menurutnya, beratnya yang minimum membolehkan pihak industri binaan menghasilkan blok konkrit yang lebih besar daripada saiz batu blok biasa.

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  9. Malas membaca punca siswazah kurang pengetahuan

    Kebanyakan siswazah kurang pengetahuan semasa kerana mengehadkan bahan bacaan kepada buku-buku berkaitan peperiksaan sewaktu di universiti.

    Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Raslin Abu Bakar berkata, keadaan diburukkan lagi apabila mereka terus berhenti membaca selepas tamat pengajian dan tidak mengambil tahu perkara lain yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian termasuk kerjaya.

    "Rakyat negara ini boleh membaca. Masalahnya ialah tabiat membaca tidak diamalkan selepas mereka tamat belajar lebih-lebih lagi kepada golongan yang hanya menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan," katanya.SETERUSNYA
    Continue reading »
  10. TIPS ULANGKAJI



    Minggu ulangkaji akan bermula pada esok hari iaitu 13/04/2009.Jadi saya selaku ADMIN uthmbloggers ingin berkongsi mengenai TIPS ULANGKAJI dengan rakan pembaca sekalian.Tips-tips ini saya rangkumkan mengikut kesesuaian kita selaku mahasiswa dan mahasiswi.

    1.MULAKAN DENGAN DOA
    Doa hendaklah dibaca bagi memohon keredaan YANG MAHA BIJAKSANA bagi memberkati segala tindakan yang berlaku semasa mengulangkaji pelajaran.Dengan membaca doa insyaallah masa yang diluangkan akan digunakan dengan bermanfaat dan berkat.

    2. SEMAK JADUAL PEPERIKSAAN
    Kita perlulah menyemak jadual peperiksaan terlebih dahulu sebelum ulangkaji pelajaran dilakukan. Ini bagi memastikan pembahagian masa yang mencukupi mengikut subjek-subjek yang akan diambil didalam peperiksaan adalah mencukupi dan berkesan.Selain itu, pastikan tempat peperiksaan, masa peperiksaan dan kod subjek yang diambil.

    3. SUSUN JADUAL ULANGKAJI
    Mahasiswa dan mahasiswi terutamanya penuntut di UTHM ini perlulah merancang jadual ulangkaji individu yang tersendiri. Penggunaan jadual ulangkaji akan memudahkan perancangan mengulangkaji dengan masa dan subjek yang telah ditetapkan.Walaupun kini hanya tinggal 1 minggu sebelum peperiksaan, kita masih sempat merancang jadual ulangkaji dengan mengikut subjek yang senang terlebih dahulu (terpulang pada individu).

    4.NOTA DAN LATIHAN
    Pastikan nota yang telah dibuat atau disalin semasa pembelajaran didalam kelas dibaca.Lakukan lebih banyak latihan bagi topik yang kurang mahir dan lakukan latihan bagi kertas soalan yang terdahulu (PAST SEMESTER) bagi memahirkan diri dengan teknik soalan yang akan keluar.

    5.SISTEMATIK DAN KRONOLOGI
    Untuk memastikan masa yang diperuntukkan adalah berkesan, kita perlulah lebih sistematik dengan melakukan pembacaan, menghafal dan menbuat latihan. Ini amat penting bagi subjek yang memerlukan penghafalan mengikut kronologi terutamanya subjek TITAS, KENEGARAAN ,HUBUNGAN ETNIK dan yang berkaitan dengan sejarah. Susunan tarikh dan tahun perlulah dititik beratkan bagi memastikan fakta yang benar dan tersusun.

    6.POSTUR
    Kedudukan semasa mengulangkaji juga adalah penting bagi memastikan keselesaan badan dan melancarkan peredaran darah ke otak. Darah yang mengalir ke otak akan membantu pertukaran oksigen lebih banyak ke otak.

    7.PERMAKANAN
    Permakanan yang seimbang dan berkhasiat juga penting semasa menuntut ilmu.Pemakanan yang tidak seimbang boleh melemahkan otak dan sistem penghadaman.Ini akan menganggu mahasiswa dan mahasiswi dalam mengulangkaji pelajaran dengan suasana yang selesa.Banyakkan meminum air yang mengandungi oksigen (air mineral/air yang ditapis) bagi membantu badan dan darah untuk mengalir lebih lancar.Makanlah makanan seperti kismis, kurma dan madu bagi menambah tenaga dan kecergaran.

    8.TENANG DAN SANTAI
    Pastikan diri kita berada didalam keadaan yang tenang sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.Janganlah menganggap peperiksaan ini sebagai suatu beban, tetapi anggaplah ia sebagai suatu perjalanan yang perlu kita lalui dalam menuju kejayaan.Kita perlulah mengelakkan daripada terlibat dalam situasi yang tertekan kerana ia akan menganggu diri kita terutamanya didalam mengulangkaji pelajaran dan peperiksaan.

    9.DOA DAN TAWAKKAL
    Setelah melakukan usaha, berdoa dan bertawakkal insyaallah segala niat kita untuk berjaya didalam peperiksaan akan termakbul.Pastikan segala usaha dan doa itu adalah ikhlas dan bersungguh-sungguh.Janganlah hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha.

    Semoga dengan tips-tips yang dikongsi ini akan dimanfaatkan oleh rakan pembaca sekalian dalam memastikan kejayaan kita selaku mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ini.Pastikan kejayaan itu menjadi realiti.Doakan kejayaan saya selaku ADMIN uthmbloggers dan saya turut mendoakan kejayaan rakan-rakan uthmbloggers sekalian.

    SEMOGA BERJAYA


    P/S: Sebarang perkongsian tips ulangkaji bolehlah dihantar diruang komen.
    Continue reading »
  11. Masjid UTHM

    Parit Raja, UTHM - Setelah hampir sekian lama isu pembinaan Masjid UTHM diperkatakan, kini ianya telah berakhir setelah Majlis Fatwa Negeri Johor Darul Takzim menetapkan bahawa kedudukan bagi Masjid UTHM perlulah didirikan dikawasan asal seperti yang dirancang pada awalnya.

    Menurut sumber, Majlis Fatwa mengeluarkan keputusan ini pada 10 April 2009 setelah perbincangan diadakan dan Naib Canselor UTHM turut akur dengan keputusan itu.Maka dengan keputusan yang dipersetujui ini, Masjid UTHM akan kekal kedudukannya.Semoga dengan selesainya isu kedudukan Masjid UTHM ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara warga UTHM dengan warga sekitar UTHM dan menggalakkan lagi kegiatan islamiah terutamanya dikalangan warga Islam di UTHM.
    Continue reading »
  12. KABINET BARU

    Kabinet Kerajaan Malaysia dan MPP UTHM telah dibentuk.Walaupun kedua-dua barisan kabinet ini mempunyai peranan dan peringkat yang berlainan, namun dengan penubuhan barisan kabinet yang baru ini akan memantapkan lagi pengurusan pentadbiran samada diperingkat MALAYSIA bagi Kabinet Kerajaan dan diperingkat UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA bagi Kabinet MPP UTHM.Semoga amanah yang dipertanggungjabkan ini dipikul dengan sebaik-baiknya.TAHNIAH.

    Photobucket
    KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2009


    Photobucket
    KABINET MPP UTHM SESI 2008/2009
    Continue reading »
  13. Logo uthmbloggers

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    UTHMbloggers akan menggunakan logo yang terbaru.Selaku pembaca blog ini, saya ingin meminta pendapat anda mengenai satu logo yang terbaik antara tiga logo ini.Sila nyatakan hanya satu logo dengan menulis pada ruangan comment:

    Contoh: Logo 2

    Kerjasama anda amatlah diharapkan.[Jika ada sebarang idea bolehah dikongsi bersama].

    Logo 1


    Logo 2


    Logo 3


    P/S: Tarikh tutup undian logo sehingga hari AHAD.
    Continue reading »
  14. Undi

    Poll baru sudah dibuka hingga 30/04/2009. Soalan mengenai keperluan berita-berita politik dimasukkan didalam blog ini.Sila berikan pendapat anda dengan memilih samada perlu atau tidak perlu.

    Keperluan samada blog ini perlu atau tidak perlu menerbitkan berita mengenai politik bergantung kepada pembaca sekalian.Penerbitan mengenai berita politik adalah berdasarkan keputusan undian.SELAMAT MENGUNDI.
    Continue reading »
  15. Stress

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca uthmbloggers.Saya iqra-muslim selaku penulis jemputan bagi blog ini ingin berkongsi tips bagi mengurangkan tekanan kepada semua pembaca blog uthmbloggers.

    1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi tenang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

    2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

    3) Banyakkan Solat Sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

    4) Selalu Berdoa Kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

    5) Bersangka Baik Dengan Allah

    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

    6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah
    Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

    7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

    8) Menangis Dengan Sepuas Hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

    9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri

    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

    10) Cintai Diri Sendiri
    “Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

    Kesimpulan
    Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah.
    Continue reading »
  16. Poll

    Keputusan poll untuk soalan

    Adakah blog uthmbloggers ini wajar diwujudkan ?



    Bagi keputusan wajar, sebanyak 65 orang pembaca telah memilih wajar diwujudkan dengan pecahan peratus sebanyak 90%.Manakala bagi yang memilih tidaka wajar diwujudkan adalah seramai 7 orang pembaca dengan pecahan peratus sebanyak 9%.

    Kesimpulannya setelah dijalankan undian ini maka majoritinya memilih wajar dan blog uthmbloggers ini akan terus dikekalkan. Sehubungan itu ADMIN ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yang berdaftar atau tidak berdaftar.Semoga semua pembaca blog uthmbloggers ini akan terus memberi sokongan dan dorongan dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan terbaru.SEKIAN, TERIMA KASIH.
    Continue reading »
  17. R.A.H.M.A.N

    Pengenalan kepada teori RAHMAN telah bermula sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Dengan mengambil huruf pangkal pagi kesemua nama Perdana Menteri maka akan terbitlah perkataan R.A.H.M.A.N.

    R = Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
    A = Tun Abdul Razak
    H = Tun Hussein Onn
    M = Tun Dr Mahathir Mohamad
    A = Tun Abdullah Ahmad Badawi
    N = Dato’ Seri Najib Tun Razak

    Teori ini menjadi kenyataan apabila Majlis Mengangkat Sumpah PM Ke 6 diadakan di Istana Negara. Walaupun ini sekadar kebetulan, tetapi ia dianggap sebagai panduan kepada mantan-mantan Perdana Menteri dalam melantik setiap penggantinya.

    Setelah teori ini terlaksana, maka apakah teori baru yang akan menjadi penganti atau ini adalah penamatnya.Fikir-fikirkan.......
    Continue reading »
  18. Najib Tun Razak

    MENJADI anak kepada seorang Perdana Menteri mungkin impian ramai orang, tetapi mendapat peluang menjawat jawatan yang sama pastinya satu takdir dan pencapaian luar biasa buat empunya diri.

    Itulah takdir yang tertulis buat Datuk Seri Najib Tun Razak. Jasa bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Malaysia tidak dapat dinilai dengan kata-kata, dan kini beliau berpeluang untuk menghulurkan jasa seperti yang pernah bapanya sumbangkan.

    Sudah 33 tahun Tun Razak meninggalkan kita. Tempoh enam tahun memimpin dimanfaatkan oleh Allahyarham dengan menyediakan platform kukuh dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal negara.

    Bangkit daripada pengalaman hitam 13 Mei 1969, Tun Razak bersama barisan kabinetnya merencana pelan terbaik untuk membina satu warga yang bersatu. Biarpun mereka dipisahkan oleh sempadan rumpun bangsa, bahasa dan kepercayaan yang berbeza.

    Bapa Pembangunan itu juga amat sinonim dengan inisiatifnya mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pembukaan tanah-tanah rancangan Felda.Selanjutnya Najib Tun Razak
    Continue reading »
  19. PM Ke - 6

    Pada jam 10.11 pagi tadi iaitu 3/4/2009 (Jumaat) , rakyat Malaysia telah menerima kehadiran Perdana Menteri yang ke 6. Datuk Seri Najib B Tun Abdul Razak telah mengangkat sumpahnya sebagai ikrar dan taat setia dalam memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Upacara yang dijalankan di Istana Negara, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh tetamu kehormat seperti duta-duta negara asing, menteri-menteri kabinet dan turut hadir ialah Mantan Perdana Menteri Ke 4 Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah.

    Pada majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri itu, gelaran TUN turut dikurniakan oleh Yang Di Pertuan Agong Malaysia Tunku Mizan kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 dan isterinya. Dengan itu gelaran TUN akan digunakan oleh 'Pak Lah' dengan gelaran Tun Abdullah B Haji Ahmad Badawi dan Tun Jeane Bt Abdullah.

    Semoga dengan perubahan tampuk pimpinan yang baru ini akan lebih memajukan Malaysia dalam kesemua bidang bagi merealisasikan WAWASAN 2020 yang dituju.Semoga perpaduan yang kini subur didalam masyarakat Malaysia akan terus dikekalkan.

    TAHNIAH kepada Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 daripada uthmbloggers
    Continue reading »
  20. Perubahan Baru

    Perubahan kepimpinan pada struktur pentadbiran jawatankuasa di seluruh Kolej Kediaman sudah bermula. Tahniah kepada calon-calon yang memenangi Pilihanraya Kolej Kediaman yang diadakan semalam.Diharapkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada calon yang berjaya ini akan dilaksanakan dengan penuh hemah dan adil didalam melaksanakan tugas. Semoga dengan berlakunya perubahan pimpinan pelajar ini akan melonjakkan lagi nama setiap Kolej Kediaman dengan program yang mendatangkan manfaat kepada penghuninya dan seluruh warga UTHM.TAHNIAH.
    Continue reading »
  21. April Bodoh @ 'Kita' Bodoh ???

    Di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.
    Continue reading »

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK