Selamat Datang Ke Laman UTHMbloggers "Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM"
Photobucket

PERHATIAN

KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM YANG INGIN MELETAKKAN BLOG KELAB DI UTHMBLOGGERS INI, BOLEHLAH MEHANTAR URL BLOG TERSEBUT DI CHATBOX.


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket debat uthm Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
  1. Futsal Piala Naib Canselor UTHM

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Masjid Piala Naib Canselor UTHM 2009. Butirannya adalah seperti berikut:

    Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 9.00 Pagi

    Tempat : Padang Futsal UTHM

    Majlis Perasmian Penutup : 9.30 Malam (Dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM)

    Peserta : Sebanyak 32 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli masjid sekitar Batu Pahat akan mengambil bahagian.



    Seluruh warga UTHM dan penduduk setempat adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  2. Pesta Keamatan Gawai UTHM

    Sekretariat Perpaduan, Biro Kebudayaan Sabah & Sarawak UTHM akan menganjurkan program Malam Pesta Kaamatan dan Gawai UTHM 2009 seperti butiran berikut:

    Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 7.45 Malam - 11.30 Malam

    Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

    Tetamu Jemputan : YBhg. Datuk Richard Bainun (Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah)

    Sumber: Website UTHM
    Continue reading »
  3. Earth Hour

    KUALA LUMPUR 30 Mac - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini berkata, ia menerima kenyataan bahawa kempen Earth Hour bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.

    "Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Katanya, semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga (8.30 malam hingga 9.30 malam) Sabtu lepas, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.

    "Semuanya berjalan lancar dan kami mampu memberikan reaksi kepada permintaan yang sedikit rendah tanpa menimbulkan gangguan dalam operasi." katanya.

    Katanya, TNB tidak menyangka dengan sokongan dan penghargaan yang ditunjukkan oleh kebanyakan pelanggan mereka berhubung kempen yang disertai oleh masyarakat di seluruh dunia.

    "Permintaan memuncak begitu cepat pada pukul 9.30 malam mengikut pola permintaan yang biasa pada petang Sabtu," katanya. - BERNAMA

    TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA UNTUK KEMPEN EARTH HOUR
    Continue reading »
  4. Pengundian

    Majlis Pengetua Kolej Kediaman akan mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2009/2010 seperti maklumat berikut :

    Tarikh : 1 April 2009 (Rabu)

    Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang

    Kaedah Pemilihan : E-Vote


    Tempat Pemilihan :

    i. Kolej Kediaman Tun Syed Nasir - Makmal Komputer TSN

    ii. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail - Makmal Komputer TDI

    iii. Kolej Kediaman Tun Fatimah - Makmal Komputer TF

    iv. Kolej Kediaman Perwira - Makmal Komputer Perwira

    v. Kolej Kediaman Melewar - Makmal Komputer Melewar

    vi. Pelajar Tanpa Asrama - Makmal Komputer PTM 1 Kampus Induk & Makmal Komputer PTM Kampus Bandar.



    Semua pelajar diminta menunaikan tanggungjawab untuk memilih calon Jawatankuasa Kolej Kediaman.

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  5. Kempen Calon Pilihanraya Bermula

    Setelah penamaan calon dilakukan pada 26/03 yang lalu, kini kempen-kempen giat dijalankan oleh calon-yang bertanding didalam Pilihanraya Kolej Kediaman masing-masing. Poster-poster yang memaparkan wajah calon banyak ditampal dan digantung disepanjang laluan utama diKolej Kediaman.

    Selain itu, pamplet juga diedarkan disetiap bilik-bilik bagi meraih undi pelajar yang tinggal diKolej Kediaman.Semoga Pilihanraya Kolej Kediaman yang pertama kali akan dijalankan ini akan dijalankan dalam suasana yang aman tanpa pertelingkahan antara calon-calon yang bertanding dan diuruskan dengan ADIL, BERSIH dan AMANAH oleh pihak pengurusan Pilihanraya Kolej Kediaman.

    P/S : Tajuk macam bestkan.
    Continue reading »
  6. Ujian

    Parit Raja - Pada 27/03/2009 iaitu hari jumaat yang lalu, UTHM telah diuji dengan kejadian hujan lebat beserta angin kencang. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3-5 petang itu turut mengakibatkan beberapa kerosakan termasuklah bangunan dan pokok-pokok. Di kawasan bangunan G3, TDI dan TF turut mengakibatkan bumbung bangunan yang rosak dan pokok-pokok yang patah disebabkan kejadian itu.Terdapat juga beberapa kawasan di G3 yang ditenggelami air. Semoga ujian yang diberikan Allah ini akan dijadikan iktibar kepada warga UTHM untuk memuhasabah diri dan memajukan diri dalam semua aspek meliputi jasmani, fikiran dan rohani.SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.
    Continue reading »
  7. Pemilihan JKK 09/10

    TANGGUNGJAWAB PENGUNDI

    Semua pelajar yang namanya terdapat dalam senarai daftar pengundi adalah berkewajipan untuk hadir mengundi bagi jawatan yang dipertandingkan.

    PROF. IR. DR. AMIR HASHIM BIN MOHD. KASSIM

    Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) Selaku
    Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2009/2010

    PEMILIHAN JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010

    Dengan pengisytiharan Notis Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman, maka dengan ini

    Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2008/2009 adalah terbubar.

    Dengan ini dimaklumkan bahawa Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro Kolej Kediaman bagi Sesi 2009/2010 akan diadakan pada

    1 April 2009 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    p/s : Pilih calon yang hanya boleh bekerja sahaja dan bukan untuk jawatan semata-mata.

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  8. Pelajar UTHM menang dalam Pertandingan I-VEC

    Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan Inter-Varsity Engineering Challenge yang telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2009 yang lalu. Sementara itu, Universiti Multimedia telah dinobatkan sebagai johan pertandingan dan Universiti Tenaga Nasional pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. Sebanyak 21 pasukan daripada lebih 10 universiti awam dan swasta seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut. Antara universiti lain yang menyertai pertandingan ini ialah Universiti Teknologi Petronas, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia.

    Sempena pertandingan tersebut, UTHM telah menghantar 2 pasukan gabungan pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Kesemua peserta diadili dalam 3 peringkat yang mana setiap peringkat melibatkan ujian-ujian yang berbeza iaitu peringkat pertama, melibatkan penggunaan tenaga dan minda yang maksimum, peringkat kedua memerlukan daya cipta dan kerjasama yang tinggi antara ahli pasukan serta kebolehan dalam membuat pembentangan secara spontan dan peringkat ketiga memerlukan setiap pasukan menjawab kuiz dengan pantas dan tepat.

    Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar-pelajar kejuruteraan untuk bertanding, malahan menjadi platform kepada mereka menunjukkan kebolehan dalam pelbagai cabang dalam bidang kejuruteraan.

    Pihak Universiti mengucapkan syabas kepada para peserta yang menyertai pertandingan tersebut dan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta Kumpulan A yang berjaya menambah lakaran kejayaan Universiti untuk tahun 2009 ini.

    Berikut adalah senarai nama pelajar yang menyertai pertandingan tersebut:

    KUMPULAN A


    1.ATIKAH BASYIRAH BT ABDUL MUTA'ALI

    2.BADRUZZAMAN B ABD WAHAB

    3.MOHD SAPAWI B HASSAN

    4.ROSLINA BT MAT ARIFF

    KUMPULAN B


    1.MOHD LUQMAN HAKIM B MOHD SOKRI

    2.MUHAMMAD FADZLI B NUH

    3.MUHAMMAD IRWAN B NORDIN

    4.NURUL FAZREEANA BT ALIAS

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  9. Tangguh PTPTN

    KUALA LUMPUR 24 Mac - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian serta menerima arahan memulakan bayaran balik pinjaman boleh mengemukakan permohonan untuk menangguhkan bayaran.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu ekoran ekonomi negara yang tidak stabil.

    Sehubungan itu katanya, peminjam yang mempunyai justifikasi kukuh boleh membuat permohonan tersebut.

    Bagaimanapun, beliau menasihatkan peminjam yang masih belum bekerja atau yang menyambung semula pengajian secara sepenuh masa sahaja memohon penangguhan bayaran balik pinjaman itu.

    ''Permohonan daripada peminjam yang menyambung pengajian atau menjalani latihan praktikal serta mendapat bayaran elaun seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), chambering dan seumpamanya tidak akan dipertimbangkan.

    ''Mana-mana peminjam yang memohon penangguhan kerana belum bekerja, tempoh penangguhan yang boleh dipertimbangkan adalah maksimum sehingga dua tahun sahaja,'' katanya di sini hari ini.

    Bagaimanapun tempoh penangguhan tersebut katanya, boleh ditamatkan sekiranya didapati peminjam telah bekerja ataupun mempunyai pendapatan yang berpatutan.

    ''Sementara itu, bagi peminjam yang memohon penangguhan kerana menyambung semula pengajian secara sepenuh masa, tempoh penangguhan yang boleh dipertimbangkan adalah sepanjang tempoh pengajian baru yang diikuti.

    ''Peminjam yang masih belum bekerja dan berhasrat untuk mengemukakan permohonan penangguhan bayaran hendaklah kemukakan permohonan secara rasmi kepada PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan pengesahan,'' jelasnya.

    Sementara itu, bagi peminjam yang sedang menyambung pengajian secara sepenuh masa pula Mohamed Khaled menjelaskan, mereka hendaklah mengemukakan permohonan rasmi ataupun mengisi borang penangguhan untuk pertimbangan PTPTN.

    ''Hanya borang permohonan lengkap sahaja akan diproses untuk pertimbangan dan borang berkenaan boleh diperolehi melalui laman web PTPTN dan dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan.

    ''Antaranya adalah salinan surat tawaran pengajian, salinan surat tawaran penaja baru, surat pengesahan tarikh tamat pengajian dan salinan transkrip serta sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat,'' jelasnya.

    Sumber: Utusan Malaysia Online
    Continue reading »
  10. Cut and Paste gejala pelajar ?

    KOTA KINABALU 23 Mac - Budaya mengambil maklumat daripada Internet atau lebih dikenali sebagai cut and paste merupakan antara punca kemerosotan kualiti penyelidikan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi.

    Beliau berkata, penggunaan komputer dan Internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja cut and paste sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan.

    "Walaupun kemudahan komputer dan Internet menjadi alat pembelajaran terpenting pada hari ini, namun pelajar IPTA tidak seharusnya membudayakan amalan ini kerana ia tidak menggambarkan ciri-ciri kesarjanaan graduan yang berkualiti dan berwibawa.

    "Graduan sepatutnya mempunyai kebolehan yang menyeluruh dan tidak semata-mata bergantung kepada ICT," katanya ketika berucap pada majlis perasmian 1 Megalab di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas dekat sini hari ini.

    Perpustakaan UMS yang dilengkapi sebanyak 500 unit komputer merupakan universiti pertama yang menyediakan pusat perkhidmatan komputer setempat terbesar di Malaysia.

    Dr. Radin Umar turut mengingatkan pelajar IPTA supaya mengelak keadaan 'lesu minda' yang membataskan pemikiran mereka untuk maju dalam pelajaran dan pembelajaran.

    Mengenai masa depan UMS, beliau berkata, universiti itu berpotensi menjadi pusat pengajian kehidupan marin yang terunggul di negara ini pada masa depan.

    "UMS mempunyai infrastruktur penyelidikan marin yang lengkap dan kelebihan ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki status pencapaian UMS daripada segi penyelidikan," katanya.

    Dr. Radin Umar berkata, langkah itu adalah sejajar dengan wawasan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan UMS sebagai sebuah universiti penyelidikan di negara ini. - BERNAMA
    Continue reading »
  11. 247 pelajar UTHM sertai program Bestari Komuniti

    LEDANG 22 Mac - Seramai 247 pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2009 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, di sini.

    Program selama tiga hari itu menempatkan pelajar-pelajar terbabit di rumah 129 keluarga angkat yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak universiti dan masyarakat setempat.

    Majlis pelancaran program tersebut di Sekolah Kebangsaan Serom 3 disempurnakan oleh Menteri Besar Johor yang juga Ahli DUN Serom, Datuk Abdul Ghani Othman dan disaksikan oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

    Abdul Ghani dalam ucapannya berharap, program berkenaan dapat memberi pendedahan sewajarnya kepada masyarakat desa mengenai pengajian tinggi dan prospek kerjaya yang tersedia dalam bidang profesional.

    "Kita mempunyai sistem pendidikan yang luas dan adil merangkumi pelbagai bidang.

    "Bidang pendidikan dahulu cuma dapat dinikmati masyarakat bandar, namun, sekarang anak pekebun kecil, anak pemandu teksi atau anak siapa sahaja mampu berjaya ke mercu universiti," katanya pada majlis tersebut kelmarin.

    Menurutnya lagi, program berkenaan diyakini dapat membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat.

    Sementara itu, menurut Mohd. Noh, penganjuran program Jalinan Bestari itu diharap dapat membantu membangunkan kecemerlangan komuniti setempat.

    Pelbagai aktiviti telah disusun dalam program Jalinan Bestari tersebut termasuk kursus motivasi kerjaya kepada pelajar-pelajar sekolah, kursus penggunaan komputer, gotong-royong di seluruh kawasan Serom serta ceramah agama.

    Selain itu, khidmat masyarakat juga diberikan secara terus kepada penduduk setempat menerusi khidmat bantuan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan swasta serta penyampaian sumbangan kepada keluarga susah.

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  12. Daftar

    Pendaftaran bagi semester 1 sesi 2009/2010 akan bermula pada esok hari (23/03/2009). Jadi diminta kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UTHM agar dapar mendaftarkan subjek yang akan diambil pada seester akan datang melalui WEBSITE SMAP ONLINE . Pendaftaran subjek boleh dibuat diantara tarikh 23/03/2009 hingga 12/04/2009.Diharapkan semua warga UTHM mengambil tindakan selanjutnya.
    Continue reading »
  13. Kesihatan

    Berhati-hati dengan produk ini kerana ia mengandungi campuran lemak yang diragui samada lemak tumbuhan atau haiwan.Logo halal juga tidak dipaparkan.









    Continue reading »
  14. Pengkomputeran Maya Dimensi Baru ICT

    Kebiasaannya komputer yang kita gunakan adalah bertujuan untuk melakukan sesuatu fungsi tertentu yang mana penggunaan sistem pengoperasian seperti Windows atau Linux akan mengehadkan fungsi tersebut.

    Pada masa sama, hanya satu sistem pengoperasian sahaja yang boleh berfungsi dalam mengendalikan sesuatu tugasan tersebut.

    Kini dengan adanya teknologi pengkomputeran maya, sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer pelayan dapat menjalankan beberapa sistem pengoperasian secara serentak dengan fungsi tugas yang berlainan bagi setiap sistem pengoperasian itu seperti untuk pelayan e-mel, pelayan web, pelayan fail, pelayan anti-virus dan lain-lain.

    Pengkomputeran maya membenarkan pengguna komputer mencapai proses-proses tertentu atau aplikasi - aplikasi perisian tertentu secara jarak jauh apabila ia diperlukan.

    Pengguna beroleh capaian tersebut menerusi teknologi Internet.

    Bagaimanapun, pengguna perlu mempertingkatkan keupayaan komputer peribadi yang digunakan dari segi kelajuan pemprosesan, saiz memori, saiz cakera keras dan lain - lain bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan teknologi ini.

    Teknologi berorientasikan masa nyata ini mengandungi beberapa bahagian seperti sistem pengoperasian dan utiliti, tempat simpanan, memori, perisian dan sebagainya.

    Kini konsep pengkomputeran maya ini mula digunakan untuk tujuan peminjaman ruang atau tempat simpanan secara digital di dalam sesebuah komputer pelayan untuk simpanan data-data, perisian-perisian, sistem pengoperasian dan sistem utiliti.

    Kebanyakan syarikat korporat di dunia menggunakan kaedah ini untuk penjimatan kos dan ruang fizikal dalam merencana infrastruktur teknologi maklumat kerana dengan menggunakan sebuah komputer pelayan, ia dapat melarikan pelbagai kemudahan atau.

    Terdapat banyak syarikat-syarikat gergasi pembekal teknologi maklumat di dunia seperti Hewlett-Packard, IBM, Microsoft, Sun dan lain-lain menyediakan perkhidmatan pengkomputeran maya ini sama ada dari segi keperluan perisiannya atau perkakasannya.

    Penggunaan perisian-perisian pengkomputeran maya ini perlu dilihat dari segi kesesuaian perkakasan dan sistem komputer yang akan digunakan sebagai pelantarnya.

    Sumber-sumber bagi sebuah sistem komputer seperti keupayaan memori, cip pemprosesan dan kapasiti cakera keras perlu dikaji terlebih dahulu agar sistem komputer tersebut menyokong penggunaan perisian pengkomputeran maya ini.

    Sebagai contoh aplikasi Microsoft Virtual PC memerlukan sekurang-kurangnya kelajuan cip pemprosesan sebanyak 1 Ghz, 512 Mb kapasiti memorinya, 20 Mb ruang kosong di dalam cakera dan sistem pengoperasian Microsoft Windows XP.

    Selain daripada Microsoft Virtual PC, terdapat lagi beberapa perisian pengkomputeran maya yang berasaskan bisnes di pasaran seperti VMWare dan Parallels.

    Terdapat juga perisian-perisian pengkomputeran maya ini yang berasaskan sumber terbuka seperti Virtual Box, Qemu, FreeVPS dan Xen.

    Namun demikian Xen merupakan menyediakan penyelesaian secara sumber terbuka tetapi ia disokong oleh organisasi yang berasaskan keuntungan iaitu Xensource.

    Perisian Virtualbox boleh dimuat turun secara percuma di http://www.virtualbox.org..

    Terdapat pelbagai kelebihan dalam penggunaan pengkomputeran maya ini.

    Ia bergantung kepada reka bentuk, keperluan, kos dan persekitaran bagi sesebuah infrastruktur teknologi maklumat dalam sebuah organisasi.

    Di samping itu terdapat juga beberapa kelemahannya seperti menyebabkan masalah masa dan penggunaan pekerja yang mahir kerana sebuah komputer pelayan perlu melarikan banyak sistem pengoperasian dan aplikasi-aplikasi tertentu.

    Seterusnya isu keselamatan juga perlu dititikberatkan sama seperti situasi biasa dengan melakukan pengamatan dan sistem tembok api yang baik.

    Begitu juga masalah pelesenan terhadap aplikasi-aplikasi yang digunakan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

    Namun demikian, hari ini dan masa yang akan mendatang penggunaan pengkomputeran maya ini bagi infrastruktur teknologi maklumat semakin penting dan popular digunakan di kalangan syarikat-syarikat korporat yang besar.

    Kajian juga dibuat dengan penggabungan teknologi pengkomputeran grid bagi meningkatkan lagi prestasi penggunaan sumber-sumber yang ada di dalam komputer.

    Perancangan yang strategik dan bestari dalam merangka penggunaannya dalam infrastruktur teknologi maklumat amat penting agar ia dapat memberi pulangan yang baik kepada syarikat atau penggunaannya.

    l FIRKHAN ALI HAMID ALI ialah

    Pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, Universiti Tun Hussein Onn

    Malaysia (UTHM).

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  15. Perasmian 10 Tahun Kelab Iqra' UTHM

    UTHM, Parit Raja - Pada 19 Mac 2009 Kelab Iqra' UTHM telah mengadakan Majlis Perasmian Ulangtahun Ke 10 penubuhannya di Dewan Tengku Ibrahim Ismail. Majlis yang dihadiri Mantan Naib Canselor UTHM sebagai tetamu kehormat itu diserikan lagi dengan kehadiran dif-dif kehormat termasuklah Imam 2 Masjid UTHM, Pengerusi Kelab Iqra' UTHM 09-10, Pengerusi Majlis Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra' dan muslimin muslimat yang terdiri dari warga UTHM dan masyarakat sekitar.

    Majlis yang dimulakan dengan doa, zikir Asma' Ul Husna dan lagu UTHM itu turut diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Setelah itu, Saudara Fakhairi yang bertanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra' UTHM menyampaikan ucapannya sebagai penghargaan kepada seluruh ahli jawatan kuasa yang membantu didalam melaksanakan program sambutan dan diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Profesor Dato' Dr Ismail Bakar Mantan NC UTHM.


    Juara Akademi Nasyid 2008, Saudara Azhan Atan

    Pada majlis ini, artis nasyid undangan turut dijemput iaitu Juara Akademi Nasyid TV9 2008 saudara Azhan Atan. Pada konsert nasyid ini, beliau telah mendendangkan 6 buah lagu yang akan dimuatkan didalam album sulungnya. Majlis ini berakhir hampir 11.00 malam dan dihadiri tetamu kira-kira 200 orang.Semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi bagi mendedahkan warga kampus dengan hiburan yang mendidik jiwa.


    Pengerusi Kelab Iqra' UTHM, Saudara Hadi


    Pengerusi Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra' UTHM, Saudara Fakhairie


    Sesi bergambar bersama Azhan Atan (Muslimin)


    Sesi bergambar bersama Azhan Atan (Muslimat)


    Sesi bergambar bersama Azhan Atan (Jawatankuasa Majlis Sambutan)
    Continue reading »
  16. Pembudayaan Keusahawanan

    Pelajar Tahun Tiga Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM akan menganjurkan Program Latihan Amalan Pembudayaan Keusahawanan seperti berikut:

    Tarikh: 19 - 29 Mac 2009
    Tempat: Kawasan Parkir E12 (berdekatan Arked Kampus Induk)

    Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program ini berlangsung.
    Antaranya ialah gerai jualan makanan & minuman, cenderamata, peralatan komputer, barangan bundle dan lain-lain. Di samping itu terdapat juga pertandingan futsal, kursus ternak lintah dan tayangan filem.
    Semua staf dan pelajar dijemput untuk memeriahkan program tersebut.

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  17. TAHNIAH !!!



    Pihak uthmbloggers mengucapkan TAHNIAH diatas penubuhan Kelab Iqra' UTHM yang mencecah 10 Tahun. Semoga Majlis Tertinggi Kelab Iqra' dapat melakukan berbagai aktiviti yang dapat menarik minat mahasiswa dan mahasiswi Islam di UTHM ini untuk menyertainya.Semoga Program Ulangtahun yang dirancang akan berjalan dengan meriah dan jayanya.DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA.(tag line Kelab Iqra' UTHM)
    Continue reading »
  18. Sambutan Kelab Iqra' UTHM Ke 10 Tahun

    Pada tahun ini Kelab Iqra' UTHM akan menyambut Ulangtahun Ke 10 penubuhan kelabnya. Sempena penubuhan Ulangtahun Ke 10 ini, berbagai program akan diadakan bermula 19/03/2009 sehingga 21/03/2009. Oleh itu, dijemput kepada seluruh warga UTHM yang terdiri daripada mahasiswa, mahasiswi dan staf untuk sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Kelab Iqra' UTHM ke 10 tahun.Program yang dijalankan bolehlah dirujuk pada poster dibawah:







    Continue reading »
  19. Perarakan Maulidur Rasul

    MPP, dengan kerjsama Pusat Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan satu Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H peringkat Universiti. Berikut merupakan maklumat program :

    Tarikh : 27 Mac 2009 bersamaan 30 Rabiulawal 1430H
    Masa : 7.45 pagi (berkumpul di masjid UTHM)
    Tempat : Sekitar UTHM
    Continue reading »
  20. Majlis Penyerahan Projek

    BATU PAHAT 16 Mac - Sistem Perakaunan Seragam (Saga) yang diperkenalkan kepada 12 agensi kerajaan pada 2005 memberikan impak berkesan apabila banyak kerja berjaya diselesaikan dalam waktu singkat berbanding pelaksanaan secara manual.

    Akauntan Negara, Datuk Mohd. Salleh Mahmud berkata, sebagai contoh, menerusi sistem itu tempoh sesuatu pembayaran yang sebelum ini mengambil masa 30 hari dapat dipendekkan kepada 14 hari.

    ''Tahap integriti maklumat kewangan agensi terbabit pula berjaya dipertingkatkan melalui proses kerja lebih mudah dan telus,'' katanya.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek dan Anugerah Agensi Fasa 1 Saga Bagi Agensi Kerajaan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini baru-baru ini.

    Menurutnya, sistem perakaunan yang lengkap dan berintegrasi penting bagi memenuhi tuntutan kerja di agensi yang semakin meningkat.

    Ekoran itu, katanya, setiap ketua sesebuah agensi perlu meningkatkan usaha untuk mengenal pasti, menilai dan mengkaji semua amalan masa kini bagi meningkatkan kecekapan sistem.

    ''Ini termasuk prosedur kerja utama, peraturan dan piawaian perakaunan yang diguna pakai, peralatan dan tahap kemahiran pegawai,'' katanya.

    Selain itu, menurut beliau, pegawai serta kakitangan agensi juga perlu terus komited dalam meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan sistem.

    ''Penerapan budaya untuk menambah baik kualiti serta kemahiran diri harus diteruskan dengan mengikuti pelbagai latihan serta program pembelajaran,'' katanya.

    Sumber : Utusan Online
    Continue reading »
  21. Forum uthmbloggersforum dilancarkan



    Selamat Datang Ke uthmbloggersforum. Forum ini dilancarkan sebagai wadah kepada seluruh pembaca blog ini untuk berkongsi idea dan membincangkan isu-isu semasa.Diharap forum ini akan digunakan dengan sebaiknya.DAFTARLAH SEBAGAI AHLI uthmbloggers forum.
    Continue reading »
  22. KI 10 Tahun



    Marilah memeriahkan Sambutan Kelab Iqra' sempena 10 tahun penubuhan kelab ini.TAHNIAH Kelab Iqra' semoga dapat meneruskan program-program berkualiti di UTHM ini.

    Ikhlas Daripada ADMIN (uthmbloggers.blogspot.com)
    Continue reading »
  23. Khidmat Masyarakat

    Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Johor akan mengadakan program seperti berikut:

    Program : Program Khidmat Masyarakat di Dun Serom

    Tema : "Ilmu Milik Bersama"

    Tempat : Dun Serom, Tangkak, Muar, Johor

    Tarikh : 20-22 Mac 2009 (Jumaat-Ahad)

    Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program tersebut diadakan seperti penyerahan anak angkat yang terdiri daripada pelajar UTHM, Program Bimbingan Kerjaya & Motivasi Pelajar, khidmat kesihatan, gotong-royong, ceramah keusahawanan dan pameran. Program selama 3 hari itu akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Negeri Johor pada 20 Mac 2009, jam 2.30 petang bertempat di Sekolah Kebangsaan Serom 3, Tangkak, Muar, Johor Darul Ta'zim.

    Sumber : Website UTHM
    Continue reading »
  24. UTHM bantu penduduk

    BATU PAHAT: Kajian awal menunjukkan sebahagian kawasan di daerah ini mungkin akan lenyap daripada peta Johor, jika tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi masalah hakisan yang semakin serius di kawasan berkenaan.

    Berikutan itu, kira-kira 30,000 penduduk beberapa kampung sepanjang pantai antara Rengit hingga Semerah kini berada dalam keadaan ketakutan serta bimbang dengan keselamatan mereka.

    Bagi penduduk di Parit Botak, Kampung Sungai Punggor, Kampung Sri Pantai, Kampung Sungai Lurus, Kampung Parit Balak, Kampung Teluk Wawasan dan Parit Bakong serta Kampung Parit Simin, mereka kini pasrah dengan kejadian yang berlaku di kawasan berkenaan kerana mereka tidak mampu untuk mengatasinya.

    Petanda awal dapat dilihat dengan jelas, apabila beratus hektar kawasan daratan di kampung terbabit sudah bertukar menjadi sebahagian laut Selat Melaka.

    Antara kawasan dikesan paling teruk terjejas adalah Kampung Sungai Punggor Laut serta Kampung Sungai Lurus yang menyebabkan kira-kira satu kilometer kawasan daratan terhakis dan bertukar menjadi laut.

    Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, berkata pemerhatian awal pihaknya mendapati masalah hakisan di tempat terbabit berpunca daripada arus atau ombak laut kuat serta keadaan tanah pantai yang tidak kukuh.

    P/S : Berita selanjutnya di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090310101824/Article
    Continue reading »
  25. PPSMI

    Sejak beberapa minggu yang lalu, isu PPSMI sering diperkatakan dan menjadi tajuk-tajuk berita diakhbar.Apa sebenarnya PPSMI ?. Isu ini menjadi semakin hangat pada minggu ini sejak dicanang akan diadakan penyerahan memorandum terhadap Istana Negara pada sabtu ini.PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris ini mendapat bantahan yang amat kuat terutamanya dari golongan ahli akademik seperti Sasterawan Negara dan ahli Dewan Bahasa Dan Pustaka yang pakar didalam bidang bahasa ini.

    Mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini perlu berfikiran terbuka didalam menilai isu ini.Orang yang bijak tidak hanya memikirkan kebaikan untuk jangka pendek sahaja, tetapi perlu memikirkan kesan yang akan diterima jika PPSMI ini diteruskan.Disini saya ingin meminta pendapat anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bijak, supaya dapat melontarkan pendapat mengenai " Apakah kewajaran PPSMI ini diteruskan ? ".Bincangkan isu ini dengan memberi pendapat melalui comment dibawah penulisan ini. SELAMAT MEMBERIKAN PENDAPAT YANG BIJAK.
    Continue reading »
  26. Unit Khas Pantau Pencapaian PSPTN

    BATU PAHAT: Kementerian Pengajian Tinggi akan melancarkan unit khas yang bertanggungjawab mengesan kelancaran pelaksanaan dan pencapaian serta pengisian Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

    Unit khas itu yang dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Projek Elektronik (E-PMO) akan dilancarkan secara rasmi pada perhimpunan bulanan kementerian terbabit, minggu depan.

    Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata apabila beroperasi sepenuhnya, unit berkenaan akan memantau dengan terperinci pelaksanaan PSPTN oleh 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

    Beliau berkata, antara matlamat yang digariskan dalam PSPTN ialah transformasi sistem pengajian tinggi yang akan dilaksanakan oleh semua IPTA.

    "E-PMO diwujudkan mengesan perjalanan, pencapaian serta pengisian perlu dilaksanakan oleh semua IPTA dalam menjayakan PSPTN yang ditetapkan kerajaan.

    "Sistem pemantauan menerusi kaedah elektronik itu juga akan mengukur sejauh mana kemampuan IPTA mencapai strategi yang dirancang dalam usaha kita mengubah sistem pendidikan negara," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja dan melancarkan Program Jalinan Kerjasama Universiti dan Masyarakat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.

    Sumber : Berita Harian Online/Nasional (3 Mac 2009)
    Continue reading »
  27. LTTL Pusat Latihan UTHM

    JOHOR BAHRU 2 Mac - Lapangan terbang lama Tanjung Labuh (LTTL), Batu Pahat akan dijadikan pusat latihan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronatik.

    Program itu yang pertama kali ditawarkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan yang pertama di rantau Asia Tenggara, akan memulakan pengajian Julai ini dengan pengambilan 50 penuntut kumpulan pertama.

    Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Mohd. Noh Dalimin berkata, pihaknya dalam fasa terakhir untuk melaksanakan program pengajian itu dan hanya menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

    "Melalui program ini, penuntut yang tamat kursus turut mendapat lesen penerbangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Makan Malam UTHM bersama Media Johor di sini baru-baru ini.

    Menurut Mohd. Noh, berdasarkan perancangan, pengambilan penuntut dibuat dua kali setahun dan setiap pengambilan dihadkan kepada 50 orang bagi memastikan lulusan berkenaan berkualiti.

    Selain itu, pihaknya mensasarkan untuk melahirkan dua kategori penuntut iaitu mahir dalam penyelenggaraan pesawat dan jurutera yang mempunyai lesen juruterbang.

    "Setakat ini, kami mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam dan pada masa sama bekerjasama dengan sebuah sekolah penerbangan bertauliah," katanya.

    Sumber : Utusaan Malaysia Online/Wilayah/Johor (3 Mac 2009)
    Continue reading »
  28. Jalinan Kerjasama Universiti dan Masyarakat



    2 Mac 2009, UTHM - Warga universiti hari ini berasa sungguh bertuah dengan kehadiran Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin diatas kunjungan beliau untuk lawatan kerja ke UTHM. Pada lawatan kerja yang dilakukan ini, beliau telah menyempurnakan pelancaran Jalinan Kerjasama Universiti dan Masyarakat: " Selangkah Ke Menara Gading " dan mengadakan lawatan disekitar pameran di Dewan Terbuka. Dengan kehadiran ini akan menjalinkan lagi hubungan pihak Universiti Tun Hussein Onn dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



    Mahasiswa dan mahasiswi mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ke UTHM diatas 'Lawatan Kerja' selama setengah hari pada 2 Mac 2009.

    Kalau ada sumur diladang,
    Boleh hamba menumpang mandi,
    Kalau ada umur yang panjang,
    Boleh kita berjumpa lagi.

    Penulis : Wartawan uthmbloggers
    Continue reading »
  29. Isu Pembinaan Masjid Baru UTHM

    Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengaajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.

    Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut.

    “Apa yang kami harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan perjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Kami sedaya upaya cuba memberikan hujah yg terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Kami juga mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini” ujar Presiden Kelab Iqra setelah selesai menyerahkan borang tersebut kepada salah seorang pegawai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.-iqrakini

    Sumber:Website Kelab Iqra (http://www.ki-uthm.blogspot.com/)
    Continue reading »

Since 21 Januari 2009

JOM KLIK
JOM KLIK